It’s that time of the year again! KLFW 2017 telah berlangsung dengan gahnya selama 5 hari minggu lalu. Pelbagai trend dapat disaksikan di pentas catwalk musim ini.
Berikut merupakan 5 trends terhangat di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2017 tersebut:-
1. Statement Tee
Selepas rumah fesyen Dior mencetuskan fenomena dengan tee ikonik ‘We should all be feminists’ pada awal tahun ini, pereka fesyen tempatan nampaknya berlumba-lumba mengeluarkan statement tee masing-masing dengan quote tersendiri .
Koleksi FVBasics dari Fashion Valet membawakan kempen #iamhomegrown ke atas pentas runway Minggu Fesyen KL kali ini dengan menyajikan koleksi t-shirt dan jumper berslogan. Fiziwoo pula tampil dengan t-shirt “love me or woo me” yang juga pernah digayakan Neelofa di AME 2017 sebelum ini. Manakala Rizman Ruzaini mengambil langkah lebih bold dengan penggayaan logo RR mereka pada t-shirt putih pada persembahan finale mereka.
You can never go wrong with a slogan tee!
2. It’s all about the sleeves
Keberanian pereka fesyen tempatan bereksperimentasi dengan sleeves musim ini lebih terserlah.
Tengku Syahmi dari Tsyahmi KL bermain dengan rekaan lengan baju agak oversize dan sedikit off-shoulder yang memberi kelainan pada koleksi beliau ini. Jenama streetwear, Super Sunday pula tidak kalah dengan rekaan lengan baju yang labuh sehingga paras lutut. Tidak dilupakan juga, label A-Jane yang tampil dengan rekaan puff sleeve – diubah size dengan panel berlubang untuk mendapat look yang lebih extra and ekspresif.
3. Plaid please!
Cetakan plaid kembali menguasai pentas runway KLFW tahun ini.
Ezzati Amira membawa sisi maskulin ke dalam koleksi musim luruh 2017 dengan menggunakan cetakan plaid pada silhouette yang lebih boxy. Pereka Afiq M. berjaya membuktikan bahawa plaid can be sexy too dengan padanan suit plaid dan top plunging neckline. Di pentas fesyen KL Fashion Week kali ini juga menyaksikan koleksi Syomirizwa Gupta dengan cetakan plaid yang diberi nafas baru dengan kombinasi warna yang lebih terang.
4. Flat is the new height
Walaupun koleksi musim ini lebih strong dan bold, kebanyakan pereka yang terlibat memilih sepatu flat untuk dikenakan dengan koleksi mereka.
Fiziwoo mengambil langkah berani dengan memadankan stokin bersama kasut flat untuk koleksi musim bunga/panas 2018nya. Manakala, Nurita Harith memilih pointy flats yang dihiasi dengan bulu untuk efek drama. Maslea pula tampil dengan koleksi lebih minimalis di mana helaiannya dipakai bersama sandal flat daripada jenama Nelissa Hilman.
5. Snow White effect
Warna putih nampaknya merupakan warna favorit musim ini sehinggakan hampir semua designer ada menggunakan warna ini di dalam koleksi mereka.
Aere tampil segar dengan rekaan dwi-helai atau two-piece serba putih serta padanan subang labuh hitam. Jenama Villiam Ooi pula menggunakan warna putih sepenuhnya untuk koleksi musim bunga/panas 2018nya. Di pentas Eclipse by Sonny San pula menyaksikan warna putih divariasikan dengan rekaan sporty dan juga helaian yang diberi nafas romantis mencipta rekaan indah di KLFW 2017.
Ditulis oleh: Fikri Afif Daud – Editor Fesyen di 1001bintang.com