Brunei

Gambar BTS Video Klip Aziz Harun

Aziz Harun bakal kembali dengan single terbaru tidak lama lagi. Lagu berjudul Jangan (#JgnAziz) yang akan dilancarkan pada 22 September ini nanti dijangka akan mengubat rasa rindu peminat yang sudah lama menantikan karya terbaru beliau.

Aziz Harun di set penggambaran musik video single terbarunya, Jangan Aziz #JgnAziz | Gambar oleh @md_suhardy @ray_haswandii

Kali terakhir beliau mengeluarkan single adalah pada bulan Ogos tahun lepas – lagu berjudul ‘Mama’ yang juga menampilkan Elizabeth Tan.

Lagu ‘Jangan’ ini nanti akan menjadi single ke empat beliau setelah lagu ‘Senyum’ menjadi lagu pertama yang berjaya menembusi pasaran Malaysia dua tahun lepas. Lagu tersebut diterbitkan oleh syarikat rakaman penyanyi terkenal Faizal Tahir setelah bakatnya dicungkil melalui YouTube dan dipelawa menyertai Faithful Music bersama Elizabeth Tan dan Hanie Soraya.

Aziz Harun di set penggambaran musik video #JgnAziz | Gambar oleh: @md_suhardy @ray_haswandii

Aziz merupakan penyanyi pertama Brunei yang tercalon dan memenangi penghargaan di Anugerah Planet Muzik pada tahun lepas di dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu) menerusi lagu ‘Beautiful’. Baru-baru ini, beliau sekali lagi tersenarai di dalam pencalonan awal TOP 10 Anugerah Pelangi yang akan berlangsung pada bulan November ini nanti. Adakah beliau akan mempersembahkan lagu ini di malam anugerah itu nanti? Kita nantikan bersama.

Buat sementara waktu, mari kita layan gambar-gambar ‘Behind The Scene’ pembikinan klip video tersebut dahulu.

(Gambar oleh: Bahzi Damit / @bedee.creative)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s