Brunei

Aziz Harun Luncur Muzik Video Jangan

Aziz Harun akan tampil dengan single terbaru yang bakal diluncurkan pada hari Khamis ini, 22 September ini. Lagu yang berjudul ‘Jangan’ ini merupakan lagu ke empat beliau sejak menjadi salah seorang artis di bawah naungan Faithful Music, Malaysia beberapa tahun lalu.

Majlis pratonton musik video terbaru Aziz Harun berjudul Jangan berlangsung di Bang & Olufsen, Kiarong. | Gambar oleh: ZK

1001bintang berpeluang hadir ke majlis tertutup pratonton musik video dan lagu terbaru tersebut yang berlangsung di Bang & Olufsen, Kiarong semalam. 

A Band Once merupakan antara rakan artis yang hadir di majlis pratonton musik video terbaru Aziz Harun, Jangan | Gambar oleh: AFJ

Antara rakan-rakan artis yang juga turut hadir memeriahkan majlis pratonton tersebut termasuklah Juan Madial, Raudhah, A Band Once, Nabeela Fadzil (@lipstickmyname), Adi Rani dan penyiar-penyiar radio Kristal dan Pelangi FM.

Penyiar-penyiar radio Pelangi dan Kristal FM juga turut hadir | Gambar oleh: AFJ

“Kami pun belum mendengarkan lagu ani (sepenuhnya). He’s very secretive sebenarnya. Walaupun kepada kami, kakak-kakaknya.” jelas Tharwana, kakak kepada Aziz Harun, sambil tergelak.

Penggambaran muzik video yang diterbitkan oleh Beedee Creative ini dibuat sepenuhnya di Brunei pada bulan Ogos yang lepas. Berucap di majlis pratonton tersebut semalam, Bahzi Damit selaku penerbit berharap penonton akan terhibur menyaksikan muzik video berkenaan.

Jemputan khas yang hadir di majlis tersebut juga berpeluang menyaksikan tayangan video belakang tabir penghasilan video berkenaan.

Aziz Harun di majlis pratonton musik video terbarunya, Jangan. | Gambar oleh: AFJ

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton MV dan mendengarkan lagu terbaru dari Aziz Harun tersebut, kan? Nantikannya di secara online di YouTube dan radio-radio kegemaran awda pada 22 September ini.

Saksikan gambar-gambar belakang tabir pembikinan video tersebut dengan menekan butang ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s