Fesyen

Selebriti Malaysia di Minggu Fesyen Antarabangsa

Minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia kembali dengan lebih besar dan gah tahun ini. Bermula di kota New York pada 7 September lepas, kemudian London, Milan dan sekarang di kota Paris sehingga 3 Oktober ini nanti.

Menariknya, beberapa selebriti Malaysia turut hadir menyertai barisan personaliti fesyen dunia yang lain. Siapakah mereka? Jom kita saksikan bersama:

1. FAZURA (New York)

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Aktris cantik serba boleh, Nur Fazura, merupakan antara mereka yang berada di barisan hadapan pertunjukan fesyen Coach di New York Fashion Week (NYFW 2017) beberapa minggu lalu. Pertemuannya dengan selebriti antarabangsa, Selena Gomez yang juga merupakan duta antarabangsa jenama Coach, sempat tular di media sosial dan laman maya.

2. NEELOFA (Milan)

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Kehadiran Neelofa di pesta SwarovskiSwarovski’s Crystal Wonderland Party, di kota Milan membuatkan ramai cemburu! Mana tidaknya, sebagai salah seorang ‘influencer’  jemputan di majlis tertutup yang hanya menjamu 100 orang tetamu tersebut, Neelofa berkesempatan bertemu dengan barisan model dan personaliti terkemuka seperti Karlie Kloss dan Jourdan DunnSupermodel antarabangsa, Naomi Campbell juga turut hadir dalam majlis yang sama. Beliau hadir di dalam persalinan serba merah rekaan Fizi Woo.

3. MARION CAUNTER (London)

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Pasti ramai yang ternganga melihat penampilan Marion Caunter di London baru-baru ini.  Ini bukan kali pertama beliau hadir ke Minggu Fesyen London. Kali ini beliau sekali lagi berada di barisan hadapan London Fesyen Week menyaksikan pertunjukan fesyen Peter Pilotto, Mary Katrantzou dan banyak lagi.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s