1001 Movie Review

Movie Review: Kingsman 2

Setelah meraih kejayaan pada tahun 2015, Kingsman: The Secret Service kembali lagi dengan sekuel terbaru Kingsman: The Golden Circle yang sudah mula ditayangkan di pawagam. Meskipun banyak menerima kritikan kerana tidak sehebat filem yang pertama, namun bagaimana pula pendapat kami di 1001bintang?

Sinopsis

Setelah setahun Valentine berjaya dikalahkan oleh Eggsy (lakonan Taron Egerton) dan Merlin (lakonan Mark Strong), Eggsy sudah mula membiasakan diri dengan panggilan ‘Galahad’ sebagai nama samaran terbarunya. Apabila keseluruhan organisasi rahsia Kingsman dimusnahkan secara total, Galahad dan Merlin terpaksa melaksanakan ‘Doomsday protocol’ dan bersatu dengan Statesmen, rakan perisik di Amerika: agent Whiskey (lakonan Pedro Pascal), Tequila (lakonan Channing Tatum), Ginger Ale (lakonan Hallie Berry) dan Champagne (Jeff Bridges) untuk menumpaskan The Golden Circle yang diketuai oleh Poppy (lakonan Julianne Moore).

Review

Kepulangan Galahad yang asli, Harry Hart (lakonan Colin Firth) sebenarnya tidak begitu memeranjatkan. Meskipun kembalinya beliau kali ini di dalam keadaan amnesia yang teruk akibat trauma, ianya sesuatu yang agak cliche dan sudah dijangka. Apatah lagi dengan adanya beberapa ‘spoiler’ pada poster promosi dan trailer yang sedikit sebanyak telah mengisyaratkan kepulangan beliau.

Akan tetapi, satu pembaharuan positif di filem sekuel ini, peranan Mark Strong sebagai Merlin semakin banyak. Jika sebelum ini peranan Merlin lebih kepada pembantu, kali ini pula peranannya lebih kepada rakan sejawat. Penonton boleh menyaksikan adanya peningkatan chemistry di antara Merlin dengan Eggsy, mungkin kerana mereka berkongsi ‘screen time’ yang lebih kali ini di mana Merlin seakan mengganti peranan mentornya, Harry.

Eggsy sekali lagi menampilkan mutu lakonan yang sangat memberangsangkan. Walaupun wataknya kali ini agak serius, ia tetap sesuai dengan wataknya yang pada ketika itu baru sahaja ingin membiasakan diri menjadi seorang Kingsman.

Meskipun begitu, sekuel Kingsman ini tidak lari dengan rangkaian kritikan. Ramai pengkritik-pengkritik filem berpendapat bahawa filem ini mempunyai ‘plotline’ yang agak berlebihan. Ada yang berpendapat, terdapat beberapa babak yang seakan tergantung. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa ianya terlalu padat sehinggakan filem tersebut terasa bagaikan berlalu begitu cepat.

Formula gabungan ganas dan humor di dalam filem ini bagaikan sudah sinonim dan telah menjadi ‘branding’ atau jenama sendiri filem ini. Mungkin inilah yang membuatkan filem tersebut berjaya mengalahkan hasil jualan filem IT minggu lalu. Meskipun filem ini bagaikan ketandusan idea yang lebih ‘original’ seperti filem sebelumnya, ianya tetap satu filem yang hebat.

Pengarah filem, Vaughn sendiri mengakui bahawa babak-babak utama filem tersebut terlalu banyak dipaparkan di dalam bahan-bahan promosi filem berkenaan. 

Namun begitu, bagi kami Kingsman 2: The Golden Circle tetap menjadi salah satu filem yang harus ditonton kerana ianya padat dengan aksi dan ‘plot twists’ yang dijamin akan menghiburkan penonton.

Selamat menonton!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s