Indonesia

VIVO Satukan Musisi Terbesar Indonesia di 9 Saluran TV Secara ‘LIVE’

Pernahkah anda terbayang, 9 saluran TV menyiarkan rancangan yang sama, pada waktu yang sama? Ya, itulah yang berlaku ketika pelancaran telefon pintar terbaru VIVO di Indonesia beberapa hari lalu.


VIVO melancarkan telefon pintar dengan kamera selfie 24 megapixel secara langsung di saluran SCTV, Indosiar, RCTI, ANTV, MNC TV, Trans 7, Trans TV, Global TV, dan TV One secara serentak, selama satu jam setengah, tanpa sebarang iklan! Sungguh gah sekali.

Apa yang lebih mengujakan, persembahan tersebut turut menyatukan nama-nama besar muzik Indonesia seperti Agnez Mo, Tulus, Afgan, Nidji dan ramai lagi di atas pentas yang sama.

Selain itu juga, ini merupakan kali pertama Tulus dan Afgan bergabung menyanyikan lagu yang sama di mana-mana persembahan. Berucap kepada media,

“Selama kenal Tulus belum pernah dapat kesempatan duet sama Tulus. Jadinya pengin banget suatu saat bisa duet dan malam ini terwujud. Bisa mash-up beberapa hits singel dia dan hits singel saya, jadi tadi cukup spesial. Belum pernah duet, baru pertama kali,” jelas Afgan kepada media.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s