Fesyen

Koleksi UNIQLO x Hana Tajima Kini di New York

Siapa tidak kenal dengan pereka fesyen berdarah kacukan Jepun dan British, Hana Tajima. Kolaborasinya bersama jenama UNIQLO dua tahun lalu untuk menghasilkan koleksi skarf dan pakaian yang dikhususkan buat wanita muslimah ternyata semakin membuahkan hasil.

UNIQLO Hana Tajima

Pereka fesyen yang berpengkalan di kota New York ini telah memberikan definisi baru kepada cara wanita muda berpakaian, khususnya para hijabi yang turut terinspirasi dengan gaya beliau yang elegan dan effortless.

Kini, koleksi UNIQLO x Hana Tajima tersebut dipilih untuk menyertai sebuah pameran di kota New York. Pameran yang diadakan di Muzium Seni Moden atau Museum of Modern Art (MoMA) ini merupakan pameran pertama didedikasikan khas buat rekaan fesyen sejak tahun 1944. Pameran ini dibukakan kepada orang ramai bermula 1 Oktober hingga 28 Januari 2018 di New York.

UNIQLO Hana Tajima 2.png

Dengan bertemakan ‘Items: Is Fashion Modern’, pameran ini merungkai perjalanan fesyen dari dulu hingga sekarang. Ianya mempamerkan sebanyak 111 jenis pakaian dan aksesori yang telah berjaya memberi impak yang besar seluruh dunia di dalam abad ke 20 dan 21.

Antara koleksi Hana Tajima bersama UNIQLO yang turut dipamerkan termasuklah AIRism Printed Stole dan AIRism Inner Hijab. 

hanatajima1.jpg

Sebelum ini, pelakon Malaysia Elfira Loy juga pernah dilantik menjadi wajah ‘modest wear‘ koleksi Musim Luruh UNIQLO x Hana Tajima ini pada tahun lepas.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s