1001 Personaliti / Brunei

Putri Norizah: Cinta, Karya & Identiti

Photo 10-3-17, 5 26 06 PM

Putri Norizah anggun mengenakan jaket baldu ‘oversized’ rekaan Naem Zamre dan skarf bawal plain Aidijuma bertona nude.

NAMA Putri Norizah bagaikan sudah sebati dengan seni tarik suara tempatan. Rentetan pertandingan sudah disertainya, di dalam dan luar negara, baik atas jemputan mahupun penyertaan persendirian.

Beliau juga merupakan antara penyanyi Brunei yang sering kali mengharumkan nama negara di luar.

Namun, di sebalik kejayaan tersebut, beliau tidak lari dari dihantui oleh pelbagai isu. Banyak persoalan-persoalan yang seringkali tidak terjawab dan menjadi tanda tanya hinggalah ke hari ini – terutama yang bersangkutan dengan jati diri dan identiti dirinya.

Kesudian beliau untuk ditemubual, sekaligus menjadi cover story 1001 Personaliti edisi kedua ini, tidak kami sia-siakan. Ini peluang kami untuk menyelami dan merungkai lebih lanjut kronologi seni, cinta dan identiti wanita kelahiran Kuala Lumpur ini.

Bertudung? Ahh, She’s Fake!

Di awal kemunculannya, penampilan berhijab bukanlah menjadi satu kebiasaan bagi seorang penyanyi. Mula bertudung sejak kali kedua muncul di kaca televisyen ketika berumur 12 tahun, beliau merupakan antara penghibur tempatan pertama yang mengenakan tudung di Brunei pada ketika itu.

Mungkin disebabkan penampilan yang agak berbeza ini, beliau lebih menonjol berbanding penyanyi yang lain.

Of course, dalam industri ani, inda semua urang suka. Bila ada yang inda suka, they will say a lot of things,” ujarnya.

“Ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan imej saya. Ada jua yang kurang senang, kerana saya warganegara Malaysia.

Jati Diri

“Kalau di Brunei, isu kerakyatan ani sudah beberapa kali saya hadapi. Pasal imej jarang pulang ada,” terangnya apabila ditanya soal isu warganegara.

Benar, penulis sendiri mengakui bahawa perkara ini memang sentiasa menjadi isu dari dulu hinggalah sekarang. It’s a never ending story.

Mungkin ada sesetengah pembaca 1001 tidak tahu bahawa penyanyi bertudung litup ini merupakan anak tunggal kepada Norhayati, penyanyi Brunei di era 80-an dan Ibnor Riza, pelantun lagu berhantu asal negeri jiran, ‘Mimpi Yang Tak Sudah’.

I’m a Malaysian because my father is a Malaysian. I’m a Brunei PR (Permanent Resident), because my mother is a Bruneian,

Pelbagai dugaan harus dilaluinya sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi di sini, khususnya yang berkenaan dengan jati diri.

“If you want to sing in KL, you stay in KL. If you wanna sing in Brunei, just stay in Brunei.” – antara kritikan paling pedas yang pernah diterimanya sebelum ini.

Photo 10-8-17, 3 09 49 PM

Putri Norizah mengenakan Wrapped Kimono & Front Pleated Wide Leg Pants dari koleksi Anaabu, ‘Our Kind of Women’ KL Fashion Week 2017, subang dari Bianco Mimosa dan skarf dari Aidijuma.

“Kadang-kadang, mentaliti masyarakat kitani masa atu macam terperangkap. Mereka seolah-olah inda mau membuka mindset atu.

I’m a Brunei PR. I am proud to say (that) I love Brunei! You can call me ‘Urang Brunei’. Belajar di sini, besar di sini, semua di sini. I think I speak Bruneian more fluently than some Bruneians. I am proud to say (that)I am penyanyi Brunei.”

“Sixth Sense, artis Malaysia. Walaupun lead singer dari Indonesia.”

“Kalau kitani ingin menjadi seorang yang berjaya, sudah tentu kitani mau melebarkan sayap. Ani yang terjadi arah Fakhrul Razi, Aziz Harun dan Jaz Hayat.”

Tambahnya pula, kemenangannya sebagai Miss ASEAN ketika mewakili Brunei Darussalam di Vietnam seakan tidak dihargai. Ada juga sesetengah pihak yang berpendapat bahawa beliau tidak layak mewakili Brunei kerana bukan berkerakyatan Brunei.

Matanya jelas berkaca-kaca meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini. Ungkapan rasa kecewa zahir dibibirnya kerana syarat-syarat penyertaan membolehkan warganegara dan penduduk tetap Brunei untuk turut serta.

“If you are a real supporter, you should (always) support.”

Meskipun begitu, beliau bersyukur kerana kini, secara perlahan-lahan masyarakat sudah mula menghargai. Beliau juga turut berbangga dengan kebolehan artis-artis Brunei menembusi pasaran luar.

Evolusi Muzik

Menyentuh soal bakat, ianya memang tidak boleh disangkal lagi. Penghijrahan semulanya ke bumi Darussalam secara kekal seawal umur 7 tahun, mengikut ibu yang pada ketika itu bekerja di Brunei, seolah-olah membuka lembaran baru buatnya.

Di usia setahun jagung itu jugalah kali pertama beliau tampil di kaca TV. Tepatnya, di dalam sebuah rancangan khas lebaran.

Pelawaan penerbit Radio Televisyen Brunei (RTB), Allahyarhamah Hajah Aisyah itu bagaikan sebuah titik tolak kerjayanya sebagai insan seni.

And then, Awangku Amilin found me, menginginkan saya untuk menyanyikan lagu ciptaannya bagi pertandingan Simfoni Tanahair. Saya memenangi pertandingan tersebut and the song became a hit,

“Lagu ‘Sebarkan Ke Seantero Dunia’ mempunyai makna yang istimewa buat saya. Lagu tersebutlah yang membuatkan nama saya mula dikenali,” jelasnya.

Selepas lebih 10 tahun berkarya, muziknya telah berevolusi dari lagu-lagu berirama tradisional kepada lagu-lagu pop, balada, kontemporari dan berentak kekinian.

“Semasa lagu ‘Seantero Dunia’ atu, I was really into traditional music. Sehinggalah Abang Hans datang, mempelawa saya untuk menjadi artis di bawah naungan PhuturePhase Productions ketika berumur 13 tahun.”

So, that’s when lagu-lagu saya mula berubah.”

Meskipun sudah agak lama mendiamkan diri dari dunia muzik, lagu-lagu seperti ‘Sebarkan Ke Seantero Dunia’ – ciptaan Awangku Amilin dan ‘Lupakanlah’ – ciptaan Joe M, tetap segar di hati peminatnya hingga kini.

Mula Menulis Lagu

“Melalui bidang nyanyian ani, I get to travel a lot. Saya berpeluang bertemu dan berkenalan dengan ramai orang. That is my favourite part. And I am glad I met Abang Hans,” jelasnya merujuk tentang pengalaman bekerja dengan Hans Anuar.

“Abang Hans punya rules, ‘If you do more contributions to the company, we will give you more.’ You get motivated bah working with Abang Hans.”

Ramai yang tidak tahu, penyanyi wanita yang pernah merangkul gelaran ‘Penyanyi Wanita Pilihan’ di Anugerah Pelangi ketika kali pertama ianya dianjurkan ini, kini sudah semakin aktif menulis lagu.

Antara lagu yang pernah beliau tulis bersama termasuklah lagu ‘Supergirls’ oleh De Fam, penyanyi berkumpulan Malaysia.

“Saya mula belajar menulis lagu dengan Abang Hans. Lagu pertama yang saya tulis sendiri adalah lagu ‘Hi Sayang’.” ujarnya lagi.

Cinta Hati: Mikayla

Bercakap mengenai cinta hatinya, Mikayla, beliau mengakui ianya merupakan salah satu sebab mengapa beliau kembali semula ke Brunei.

Sudah agak lama Putri menyepi dari dunia hiburan. Lagu terakhir yang diluncurkan di radio adalah lagu ‘Lukisan’ – sebuah lagu duet bersama Asde, empat tahun yang lalu.

06

Jumper ‘oversized’ dari Co Labels.

One of the reasons why I got back here jua is because of Mikayla. Yang paling penting, asas pendidikan ugama.” jawabnya ketika diajukan soalan berkenaan anak tunggalnya tersebut.

“Keluarga sebelah ayah saya is quite religious. Jika saya pulang ke kampung di Malaysia, saya yang paling ‘Rock’-lah.  Semua bertudung labuh, berpurdah,” jelasnya dalam nada bergurau.

“Mikayla, saya inginkan dia ada basic ugama. I want her to study English too, macam di Brunei. I want her to win both worlds. Ugama jua, Bahasa Melayu inda lupa, English ia jua. Balance.

So, the plan is untuk menyekolahkan (Mikayla) di sini bermula tahun depan.. Di KL (Kuala Lumpur), you have to be cautious selalu. It’s so scary, especially in my area.” terangnya.

Menyentuh soal pasangan, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah sosok lelaki baru yang muncul di akaun instagram beliau sejak kebelakangan ini.

Kesempatan ini kami gunakan sebaik mungkin bagi memberikan beliau platform untuk memberi penjelasan secara eksklusif tentang perkara tersebut. Menurutnya, beliau sudah pun berpisah dengan suaminya sebelum ini kerana tidak sehaluan.

The important thing that I look for as my partner is for him to love Mikayla. He’s doing very well with Mikayla.” ujar Putri menyentuh soal hubungan Mikayla dan pasangan terbarunya, Meerul Esham.

Mikayla is very attached to him. Jika dua hari inda berjumpa dengan Meerul, she will ask. Atu yang saya nampak. Atu yang paling penting.”

“Ani pun inda dirancang. The plan is for him to work together for Lazzat. Meerul merupakan BDO (Business Development Officer) untuk Lazzat, bekerja dengan my uncle and my mother,” jelas Putri Norizah.

Menurutnya, jika tiada aral melintang, mereka akan berkahwin pada tahun hadapan.

KISSES By Putri Norizah

Bak kata pepatah Inggeris, ‘One thing leads to another’. Hubungannya dengan Meerul bagaikan membuka jalan baru buatnya, khususnya di dalam bidang perniagaan.

“Saya memang sudah lama berkeinginan untuk berniaga, tapi inda tau macam mana kan start. Sebelum ani, memang sudah mula berniaga damit-damit with my cousins.” katanya.

Photo 10-6-17, 3 23 51 AM

Padanan warna-warna monoton dan palazzo jingga dari Bianco Mimosa ini memberikan impak yang lebih berani dan berkarakter.

Beliau turut menambah bahawa perniagaan gincu Kisses by Putri Norizah ini bermula secara rawak sahaja – melalui Instagram Live, ketika mempromosi perniagaan ibunya.

Di situ, ramai yang sering bertanyakan tentang jenama gincu yang beliau gunakan. Sehinggalah timbulnya hasrat untuk mengeluarkan jenama gincunya sendiri, meskipun mengakui pada awalnya merasa sedikit teragak-agak.

“Kami brainstormed bersama viewers (di Instagram Live). What if I were to come up with a brand, would you guys want to buy? Iatah, macam-macam (ideas) yang keluar.”

Namun begitu, menurutnya, sambutan yang diberikan memang di luar jangkaan. Bermula dari 50 gincu di batch pertama, kepada lebih 2000 gincu di batch ke limanya bulan ini.

“Saya yang memilih warna gincu tersebut, Meerul pula mereka packaging. Saya pilih mana yang sesuai buat saya terlebih dahulu. But of course, I listen to my viewers too.

“Saya sedar orang Brunei kurang gemar dengan warna-warna ‘bold’. I like bold colours!”

“I wear blue lipstick to the mall in Putrajaya. I don’t care. I like it.” jelasnya sambil tergelak. “My aunt calls me ‘alien’.”

“Mix and match, I like to do that. Sebab atu jualah, saya mengeluarkan jenama gincu saya sendiri. I get to choose my own colour.”

Putri nyata selesa membuat pilihannya sendiri dalam menentukan tona dan warna gincu di bawah jenama miliknya tersebut. Menurutnya lagi, mereka sudahpun mempunyai perancangan untuk mengembangluaskan perniagaan kosmetik ini melihat potensi yang besar di sini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih. This is very important. Saya hargai semua yang menyokong saya, dari awal, sejak saya mula menyanyi. I appreciate the support atu. From 12 to 26 (years old). I cannot express it in words.”

I hope they can keep supporting me, my business and whatever I do.”

Di akhir pertemuan kami, jelas sukar buatnya untuk mengungkapkannya dengan kata-kata. Rasa syukur, terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga buat penyokong dan peminatnya terpancar dari wajah wanita ini, berharap agar mereka senantiasa berada di belakang, menyokongnya dalam apa jua bidang yang bakal diceburinya selepas ini.

Doa kami di 1001 BINTANG agar beliau akan lebih berjaya lagi di masa akan datang. Amin.



1001 Personaliti ISU 002 - Putri Norizah.jpgKetua Pengarang: Zulhelmi Kamaluddin
Pengarah Seni: Fikri Afif Daud
Jurugambar: Izzy Osman
Penata Rias Wajah: Fina Majid
Juru Kamera Video: Kip Hafizuddin
Ketua Kru Lokasi: Asheey Ali
Penolong Kru Lokasi: Waji Sablee

SENARAI PENAJA

Pakaian:
Anaabu
Naem Zamre
Bianco Mimosa
Co Labels

Skarf: Aidijuma
Gincu: Kisses by Putri Norizah

Lokasi: Ephemural Media


Hak Cipta Terpelihara – 1001 Entertainment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s