Brunei

A Band Once Gegarkan India

Festival Muzik ASEAN-India telah berlangsung di Purana Qila, New Delhi pada 6-8 Oktober yang lepas. Festival yang diadakan bagi menyambut Jubli Perak hubungan dialog antara ASEAN dan India tersebut, melibatkan 10 buah band dari negara anggota ASEAN dan 5 band perwakilan India.

Band popular Brunei, A Band Once telah dipilih untuk mewakili negara di dalam festival muzik yang berlangsung selama 3 hari tersebut. Antara band lain yang turut serta termasuklah The Ugly Band (Myanmar), Cherpen (Malaysia), Tim De Cotta (Singapura), Kong Southearith (Kemboja), Red Bamboo (Vietnam), L’alphalpha (Indonesia), Nam Fon Indee (Lao PDR), Asia7 (Thailand) dan The Ransom Collective (Filipina).

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Melalui akaun Instagram milik mereka, A Band Once sempat merakamkan ucapan terima kasih buat @seherindia dan Kementerian Kebudayaan dari kedua-dua buah negara atas usaha kerjasama dalam mempromosi muzik serta menyatukan mereka semua melalui muzik.

A Band Once juga merupakan salah sebuah band yang termasuk di dalam senarai pencalonan awal TOP 10 Anugerah Pelangi tahun ini.

Mampukah mereka menjadi salah satu daripada 5 band dan artis duo yang tercalon di dalam anugerah itu nanti? Kita nantikan bersama di 1001BINTANG pada hari Ahad ini.

Sumber foto: A Band Once

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s