Malaysia

11 Tahun Menanti, Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan

Pasti sudah ramai yang mendengarkan khabar gembira dari penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza. Ya, Dato Siti hamil 4 bulan!

Setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga, impian untuk menimang cahaya mata, insyaAllah akan menjadi kenyataan jua akhirnya. Sebuah sidang media bagi membuat pengumuman rasmi mengenai berita gembira tersebut dibuat dikediaman rasmi mereka pada hari Jumaat yang lepas.

“Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembiranya kerana Allah memberikan kurniaan yang terlalu agung ini selepas 11 tahun kami bersabar. Inilah juga menjadi sebab utama kenapa saya memlih untuk berehat kerana kandungan dan (anak) ini menjadi keutamaan saya,” tulisnya di akaun instagram miliknya pada hari yang sama.

Tambahnya lagi, antara tujuan beliau membuat pengumuman dan penjelasan tersebut juga adalah agar pihak pengurusan serta pihak-pihak yang berkenaan memahami keadaan beliau yang tidak dapat memenuhi sebarang undangan sejak beberapa yang lepas.

Apabila ditanyakan oleh pihak media, Datuk K jelas sempat mengungkapkan rasa syukur kerana memiliki isteri yang sentiasa berada di sisinya, tika susah dan senang.

“Beliau isteri hebat dan terbaik. Siti sentiasa sabar dan menjaga saya (sewaktu sakit) dengan penuh ketabahan. Beliau juga menjadi penyejuk jiwa dan setia mendampingi saya sama ada dalam susah ataupun senang,” luah Datuk K kepada media.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s