Singapura

Aziz Harun Tumpas di Tangan Afgan & SonaOne di APM2017

Artis kita, Aziz Harun, sekali lagi tercalon di dalam Anugerah Planet Muzik (APM2017) yang berlangsung di MES Theatre, Mediacorp Singapura pada hari Sabtu yang lepas.

IMG_0625.jpg

Desta, Nabila Huda dan Dzar Ismail menjadi pengacara Anugerah Planet Muzik tahun ini.

Aziz Harun tercalon di dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) menerusi lagu MAMA bersama Elizabeth Tan. Meskipun begitu, tuah tidak begitu menyebelahi beliau kerana tewas di tangan Afgan dan SonaOne.

IMG_0627

Afgan dan Fiza ketika menyampaikan salah satu anugerah di APM 2017

Kolaborasi Terbaik (Lagu) pula dimenangi oleh lagu Tanda Tanya nyanyian Aisyah Aziz yang juga merupakan satu kolaborasi bersama Ezra Kong, Ishazee Ishak dan Omar K. Dalam masa yang sama, Aisyah Aziz juga berjaya membawa pulang sebuah lagi penghargaan di dalam kategori Lagu Terbaik (Singapura) menerusi lagu duetnya bersama Haikal Ali.

IMG_0630

Aisyah Aziz dan Ayda Jebat di Anugerah Planet Muzik 2017

Kategori Artis Terbaik (Lelaki dan Wanita) masing-masing dimenangi oleh penyanyi dari Malaysia, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah. Di samping itu juga, lagu Lelaki Teragung dendangan Dayang Nurfaizah juga berjaya membawa pulang anugerah Lagu Terbaik (Malaysia) malam itu.

IMG_0628

Aksi Isyana Sarasvati ketika membuat persembahan di APM 2017

Antara pemuzik Indonesia lain yang berjaya mendapat anugerah di malam penghargaan muzik terbesar Asia Tenggara tersebut termasuklah Virgoun, Armada dan Gloria Jessica, masing-masing menerusi kategori Artis Baru Terbaik (Lelaki dan Wanita) dan Band Terbaiksecara keseluruhan.

IMG_0629

Ratu Rock Malaysia, Ella, penerima Anugerah Khas APM 2017


Berikut merupakan senarai lengkap pemenang Anugerah Planet Muzik 2017:

ARTIS BARU TERBAIK (LELAKI)
1 VIRGOUN – SURAT CINTA UNTUK STARLA
2. HAEL HUSAINI – JAMPI
3 ISMAIL IZZANI – SABAR
4 RICK KARNADI – SAMPAI AKHIR
5 IYAAD – CAHAYA

ARTIS BARU TERBAIK (WANITA)
1 GLORIA JESSICA – DIA TAK CINTA KAMU
2 ARA – WARKAH UNTUKKU
3 WANY HASRITA – MENAHAN RINDU
4 ISNINA – BUAYA
5 LEA ISMAIL – LANGKAH BARU

DUO/KUMPULAN TERBAIK
1 FAIZAL TAHIR & DATUK SITI NURHALIZA – DIRGAHAYU
2 SHILA AMZAH & ALIF SATAR – SELAMANYA CINTA
3 ISYANA SARASVATI & RAISA – ANGANKU ANGANMU
4 YUNA & SONAONE – PULANG
5 AISYAH AZIZ & HAIKAL ALI – SENYUM SAJA

BAND TERBAIK
1 ARMADA – ASAL KAU BAHAGIA
2 BUNKFACE – ORANG KITA
3 JIVVA – MATAHARI
4 HIVI! – PELANGI
5 GOD BLESS – DAMAI

KOLABORASI TERBAIK (ARTIS)
1 AFGAN FEAT. SONAONE – X
2 AWI RAFAEL & KAKA – ADA JALANNYA
3 AZIZ HARUN FEAT. ELIZABETH TAN – MAMA
4 CALVIN JEREMY & DAIYAN TRISHA – KITA
5 TAUFIK BATISAH & ADIRA – MEMILIH MENCINTAIMU

KOLABORASI TERBAIK (LAGU)
1 TERIMA KASIH – KAKA (ALIF ABDULLAH / ALIF ABDULLAH)
2 TANDA TANYA – AISYAH AZIZ (OMAR K, EZRA KONG & ISHAZEE ISHAK / OMAR K, EZRA KONG & ISHAZEE ISHAK)
3 YAKIN AKU – AYAI & FIRMAN (AWI RAFAEL / PUTRI CAHAYA)
4 AKU SANGGUP – SUFI RASHID (EDRY ABDUL HALIM / EDRY ABDUL HALIM & SUFI RASHID)
5 NAKAL NAKAL NAKAL – AYDA JEBAT (AYDA JEBAT & IRWAN SIMANJUNTAK / AYDA JEBAT & IRWAN SIMANJUNTAK)

ARTIS TERBAIK (LELAKI)
1 ANUAR ZAIN – ANDAINYA TAKDIR
2 FAIZAL TAHIR – SEJATI
3 CAKRA KHAN – MENCARI CINTA SEJATI
4 ANJI – DIA
5 TULUS – MONOKROM

ARTIS TERBAIK (WANITA)
1 DAYANG NURFAIZAH – LELAKI TERAGUNG
2 ISYANA SARASVATI – MIMPI
3 AISYAH AZIZ – TANDA TANYA
4 RAISA – TENTANG CINTA

LAGU TERBAIK (SINGAPURA)
1 SENYUM SAJA – AISYAH AZIZ & HAIKAL ALI
2 BUAYA – ISNINA
3 TERLALU – ARUS FEAT. SOFIA ARISSA
4 SELAMANYA – FARIDZUAN FARIS
5 CAHAYA – IYAAD

LAGU TERBAIK (MALAYSIA)
1 LELAKI TERAGUNG – DAYANG NURFAIZAH
2 JAMPI – HAEL HUSAINI
3 DIRGAHAYU – FAIZAL TAHIR & DATUK SITI NURHALIZA
4 SELAMANYA CINTA – SHILA AMZAH & ALIF SATAR
5 ANDAINYA TAKDIR – ANUAR ZAIN

LAGU TERBAIK (INDONESIA)
1 ANGANKU ANGANMU – ISYANA SARASVATI & RAISA
2 DIA – ANJI
3 ASAL KAU BAHAGIA – ARMADA
4 MONOKROM – TULUS
5 SURAT CINTA UNTUK STARLA – VIRGOUN

IKON MEDIA SOSIAL
AYDA JEBAT

ARTIS PALING POPULAR (SINGAPURA)
SG6 HANNAH DELISHA

LAGU PALING POPULAR (SINGAPURA)
AKU SANGGUP – SUFI RASHID

LAGU PALING POPULAR APM
BAYANG – KHAI BAHAR

ARTIS PALING POPULAR APM
KHAI BAHAR

ANUGERAH KHAS APM 2017 
ELLA

ANUGERAH RENTAS PLANET
MAHER ZAIN

Sumber foto: Anugerah Planet Muzik (Official Instagram)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s