Brunei

Eia: Lagu Melayu Dalam Perancangan

EIA 8

Eia ketika di dalam set penggambaran bagi Anugerah Pelangi 2017 di Jerudong Park Playground. | Gambar ihsan: Pelangi FM / Lokal Fotografi

“Muzik saya personal. Saya tulis karya saya sendiri. Ianya dekat dengan saya,” jelas Eia, salah seorang penyanyi yang tercalon di dalam kategori Artis Baru Pilihan Anugerah Pelangi 2017 ini.

Tidak ramai sebenarnya penyanyi berdarah Tiong Hwa menghiasi persada muzik kita. Jika sebelum ini, Andromeda merupakan penyanyi berkumpulan Brunei berbangsa Cina pertama yang pernah tercalon, Eia pula merupakan wanita Brunei berbangsa Cina pertama yang tercalon di dalam anugerah tersebut secara keseluruhan.

Ketika ditanyakan mengenai perkara tersebut, beliau berpendapat bangsa dan latar belakang adalah tidak penting, Namun begitu, beliau tetap berbangga kerana dapat mewakili masyarakat Tiong Hwa juga di dalam acara tersebut.

Menurutnya, “It’s awesome to represent the Chinese community as well.”

Ini merupakan kali pertama beliau tercalon di dalam anugerah anjuran stesen radio Pelangi FM ini. Tambah beliau, memang agak sukar untuk mencipta nama sebagai penyanyi di Brunei kerana platform yang agak terhad. Meskipun begutu, beliau tetap berbangga kerana dapat berdiri sama tinggi dengan artis-artis hebat yang lain di Brunei.

Penyanyi yang dulunya merupakan seorang atlet sukan renang negara ini juga turut menambah bahawa setiap artis perlukan wadah untuk berkarya. Oleh kerana itulah beliau berpendapat bahawa Anugerah Pelangi merupakan satu platform penting bagi penggiat muzik tempatan.

Akan tetapi, ujarnya,”And I just feel like it’s a bit too scarce because it only happens every two years.”

Aksi Eia ketika di belakang tabir ‘photoshoot’ untuk Anugerah Pelangi 2017 | Gambar: 1001BINTANG/AA

Artis Tempatan Harus Keluar

Eia merupakan antara artis Brunei yang berani melebarkan sayap keluar, berkolaborasi dengan penggiat muzik antarabangsa. Menurut beliau, artis-artis kita harus lebih banyak bekerjasama dengan artis dan penerbit muzik dari luar negara agar kita boleh menembusi, bukan sahaja pasaran serantau, bahkan antarabangsa. Kita punyai ramai artis yang berbakat menurutnya.

Apa yang jelas, pengalamannya merakamkan lagu di Los Angeles sebelum ini benar-benar telah membuka matanya dan cara beliau menghasilkan sesebuah karya. Jika kita sentiasa berada di zon selesa, kita tidak akan berkembang.

“As good as the local producers and composers that we have here, you become stagnant if you don’t push yourselves. But after I recorded in LA, it really opened up my eyes, the way I work, the way I write – it’s so different. So, sometimes, you just need that break to snap you out of what you’re so used to,” jelasnya.

Maria Grace Koh tercalon di dalam kategori Artis Baru Pilihan Anugerah Pelangi 2017 | Gambar oleh: 1001BINTANG / AA

Lagu Melayu Dalam Perancangan

Tidak disangka-sangka, Eia juga sebenarnya gemar menyanyikan lagu-lagu Melayu, khususnya lagu dari Indonesia. Antara penyanyi yang menjadi idolanya termasuklah Afgan dan Raisa.

Dalam masa yang sama, penyanyi yang juga meminati Bruno Mars, Ed Sheeran, Beyonce dan Christina Aguilera ini juga sedang dalam perancangan untuk menghasilkan lagu-lagu Melayu. Beliau juga tidak menolak kesempatan untuk bekerjasama dengan penulis lirik lain untuk menembusi pasaran tersebut.

Khabarnya juga, Eia akan mengeluarkan lagu terbaru tidak lama lagi. Mampukah Eia merangkul gelaran sebagai Artis Baru Pilihan Anugerah Pelangi kali ini? Dapatkan jawapannya tidak lama lagi.


Anugerah Pelangi 2017 akan berlangsung di Jerudong Park Amphitheatre pada 4 November ini. Malam penghargaan tersebut juga akan bersiaran secara langsung melalui RTB Aneka bermula jam 8 malam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s