Hollywood

Pertunangan Joe Jonas & Sophie Turner Buat Peminat Game of Thrones Gusar!

Semalam, media sosial dan laman maya digemparkan dengan berita tentang pertunangan Sophie Turner dengan Joe Jonas, bekas anggota kumpulan The Jonas Brothers.

Joe jonas 4

Mana tidaknya, tidak ramai yang mengetahui tentang hubungan antara kedua selebriti tersebut. Bahkan, keduanya juga tidak pernah tampil bersama secara rasmi di mana-mana acara sebelum ini. Walaupun Joe juga turut hadir di majlis tayangan perdana Game of Thrones, mereka tidak hadir bersama.

Sophie Turner, pelakon yang baru berusia 21 tahun tersebut, merupakan teraju yang memegang watak ‘Sansa Stark’ di dalam rancangan televisyen popular Game of Thrones dan watak ‘Jean Grey’ di dalam filem bersiri, X-Men.

Joe Jonas

Pengumuman berkenaan masing-masing dibuat melalui gambar yang dimuatnaik pada akaun instagram mereka. Nick dan Kevin Jonas merupakan antara yang pertama memberikan ucapan tahniah diruangan kapsyen posting Joe Jonas, bekas teman lelaki model terkenal, Gigi Hadid tersebut.

Peminat Gusar

Meskipun rata-rata respon yang diterima adalah positif, lamaran tersebut juga mengundang kegusaran dikalangan peminat-peminat rancangan televisyen Game of Thrones (GOT). 

Joe Jonas 2

Setakat ini, tiada kepastian bila majlis perkahwinan mereka akan berlangsung,. Namun, ramai yang takut penggambaran dan siaran rancangan TV tersebut akan ditunda lebih jauh lagi.

Sebelum ini, pasangan Kit Harrington dan Rosie Leslie (keduanya pelakon GOT) mengumumkan bahawa penggambaran GOT akan ditangguh bagi membolehkan pelakon dan kru hadir ke majlis perkahwinan mereka tahun hadapan.

JOe Jonas 3

Jika sekiranya Joe dan Sophie juga merancang untuk berkahwin tahun depan, mungkinkah ianya akan ditangguh lagi?

Menurut sidang akhbar HBO sebelum ini, GOT dirancang akan mula ditayangkan pada tahun 2019.

Buat peminat-peminat Game of Thrones, nampaknya kita hanya mampu pasrah dan bersabar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s