Kpop

BTS Cipta Penanda Aras Baru Buat Artis Korea

Nama BTS (bukan ‘behind the scene’, tapi boyband Korea ‘Beyond The Scene’) mungkin agak janggal bagi anda yang kurang mengikuti perkembangan muzik dari Korea. Namun, tidak bagi peminat-peminat muzik K-pop. BTS merupakan salah satu artis berkumpulan terbesar di Korea, dan kini, mungkin sudah bersedia untuk menakluki dunia!

bts-l

BTS merupakan artis K-pop pertama yang berjaya tersenarai di carta album Billboard 200 pada 7 Oktober yang lepas menerusi album comeback mereka, ‘Love Yourself: Her’. Satu pencapaian yang sangat membanggakan industri muzik K-pop.

Minggu ini pula, BTS sekali lagi mencipta penanda aras baru buat mana-mana artis K-pop. Selepas kemunculan lagu ‘DNA’ buat pertama kali di tangga yang ke 85 carta Billboard Hot 100 kurang dua minggu yang lalu, minggu ini BTS naik 18 anak tangga ke tangga yang ke 67.

Carta Billboard Hot 100 merupakan carta yang merangkumi data streaming, jualan dan putaran radio di Amerika Syarikat.

06-bts-bbmas-red-carpet-billboard-1548

BTS di Anugerah Muzik Billboard (Billboard Music Awards) baru-baru ini.

Sebelum ini, lagu ‘Nobody’ dari grup K-pop Wonder Girls juga berjaya tersenarai di dalam carta Hot 100 di tangga ke 76 pada tahun 2009. Ini menjadikan boyband yang dianggotai oleh 7 ahli ini, artis berkumpulan kedua dari Korea yang berjaya memasuki carta tersebut – meskipun prestasi lagu “DNA” kini sudah pun mengatasi Wondergirls.

Perbezaannya, lagu ‘Nobody’ dirakam di dalam bahasa Inggeris dan Korea; ‘DNA’ pula, hampir keseluruhannya menggunakan bahasa Korea.

Lagu ‘DNA’ tersebut menjadi lagu berbahasa Korea kedua yang berjaya tersenarai di dalam carta Hot 100 tersebut. Pada tahun 2012, lagu ‘Gangnam Style’ juga pernah kekal di dalam carta tersebut selama 7 minggu berturut-turut ditangga kedua.

Tidak dinafikan, BTS mempunyai resepi yang cukup untuk menakluki dunia. Sebuah boyband yang dibarisi oleh jejaka-jejaka tampan dan mempunyai sokongan kuat dari rangkaian peminat fanatik Kpop seluruh dunia.

Tidak mustahil, mereka bakal menggantikan posisi One Direction atau Backstreet Boys sebagai boyband nombor satu dunia generasi muda dalam masa yang terdekat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s