Brunei / Indonesia

Suami & Abang Ejja Yaakub Antara Wakil Brunei Ke DAA3

DAA3 Brunei-10

Ahli keluarga peserta D’Academy Asia 3 Brunei di lapangan terbang semalam.

Pertandingan nyanyian dangdut terbesar di Indonesia, Dangdut Academy Asia, akan berlangsung tidak lama lagi. Acara yang melibatkan 6 buah negara Asia Tenggara (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Timor Leste) ini sudah memasuki musim ke 3 penganjurannya.

Photo 10-17-17, 11 54 10 AM

Nazmi Hisyam, salah seorang peserta D’Academy Asia 3 dari Brunei, sebelum berangkat ke Jakarta semalam.

Perwakilan Brunei Darussalam kali ini terdiri dari Banun Omar, Dayat Junaini, Faiz Ismail, Fathrullah Yaakub, Nazmi Hisyam dan Qahar Hashim. Mereka dipilih selepas melalui uji bakat yang berlangsung di Royal Brunei Recreational Club pada 11 Ogos yang lepas.

Apa yang menarik, Qahar dan Fathrullah merupakan suami dan abang bekas peserta D’Academy Asia tahun lepas, Ejja Yaakub!

DAA3 Brunei-09

Bekas peserta D’Academy Asia musim lepas, Ejja Yaakub turut hadir di lapangan terbang, menghantar suami dan abangnya berangkat ke Jakarta semalam.

Jika di musim pertama, pengkritik atau komentator dari Brunei diwakili oleh penyanyi terkenal, Fakhrul Razi. Di musim ketiga ini pula, DJ Daffy pula yang akan menjadi pengkritik dan Hans Anuar kekal menjadi juri, sama seperti keluaran tahun lepas.

Mereka diketuai oleh koordinator yang juga menjadi penyelaras perwakilan dari Brunei sejak musim pertama, Octove Company – sebuah syarikat milik penerbit dan penyiar radio, DJ Daffy. Antara artis di bawah naungan syarikat berkenaan termasuklah  penyanyi popular, Maria Aires.

DAA3 Brunei-04

Banun Omar, satu-satunya peserta wanita kali ini.

“Kali ini kita ingin mencari pesona bintang seseorang peserta itu, termasuk karakter, gaya, petah bercakap dan yang paling penting ilmu dalam menyampaikan lagu-lagu dangdut itu,” kata DJ Daffy ketika ditanyakan mengenai kritiria yang dicari ketika memilih peserta DAA3 dari Brunei.

DAA3 Brunei-11

DJ Daffy di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

D’Academy Asia musim ke tiga ini akan disiarkan secara langsung melalui saluran Indosiar dan melalui live streaming di vidio.com pada hari Isnin, 23 Oktober 2017. Antara perwakilan dari negara jiran yang turut digeruni termasuklah salah seorang ahli penyanyi berkumpulan dari Malaysia, One Forteen.

DAA3 Brunei-02

Faiz Ismail dan Dayat Junaini, dua peserta Brunei di D’Academy Asia musim ketiga ini.

Foto ihsan: Octove Company (Brunei) / @michelleminit / @whiteroomstudio.bn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s