1001 Movie Review

Movie Review: Happy Death Day

Kami melangkah ke pawagam tanpa sebarang ekspektasi. Maklumlah, filem seram yang berlatarbelakangkan drama sekolah ala Mean Girls kelihatan agak klise dan membosankan. Namun, filem Happy Death Day ini benar-benar diluar jangkaan kami. Ianya mungkin salah sebuah filem seram yang harus awda tonton musim ini.

Bagi awda yang sudah pernah menonton filem Groundhog Day dan Scream, konsep dan jalan ceritanya mungkin berbaur kedua filem seram berkenaan. Meskipun begitu, ianya bukan satu perkara yang buruk. Sebaliknya, perkara tersebutlah yang telah menzahirkan kelainan terhadap filem ini.

HDD 1.jpg

Konsistensi Konsep ‘Loop’

Filem berintikan konsep loop atau gelung arahan Christopher Landon ini benar-benar berjaya menggamit perhatian kami dari awal hinggalah akhir. Awda boleh menyaksikan bagaimana Tree Gelbman (lakonan Jessica Rothe) harus terjaga dari tidur, mengharungi hari lahirnya berulang kali kerana tersekat pada hari yang sama. Apa yang mengerikan, Tree juga harus dibunuh berulang kali!

Hanya Tree sahaja yang menyedari tentang apa yang berlaku di ‘hari sebelumnya’. Misi mencari tahu siapa pembunuhnya inilah yang menjadi kunci penting filem ini. Bukan itu sahaja, keseimbangan mood seram dan komedi di dalam filem ini sangat menjadi.

Plot-Twist Yang Berpelbagai

Salah satu sebab mengapa kami gemar terhadap filem ini adalah kerana ianya tidak dragging. Ya, kriteria penting bagi kami untuk menentukan kualiti jalan cerita sesebuah filem adalah kebolehannya menggamit perhatian penonton. Seperti apa yang sudah dinyatakan di atas, konsep gelung membolehkan pelbagai twist lahir dan filem ini nyata berhasil berbuat demikian.

HDD 4.jpg

Awda tidak tahu siapakah pembunuh sebenar beliau. Dari awal hingga akhir, filem ini akan membuatkan kita keliru kerena hampir semua watak yang dizahirkan bagaikan punyai motif untuk membunuh Tree.

Kesudahan Yang Agak Tergantung

Jika difikirkan kembali, kebolehan pengarah dalam memberi penekanan terhadap misi Tree mencari pembunuhnya telah membuatkan kami lupa akan soalan yang sebenarnya  menjadi tanda tanya: Mengapa beliau mengalami ‘loop’ tersebut?

Jelas, jawapan bagi persoalan tersebut tidak kami dapati dipengakhiran filem berkenaan. Mungkin, pengarah sengaja membuatkannya tergantung kerana di dalam temubualnya bersama Insider, adanya perancangan untuk menghasilkan sekuel  kepada filem ini.

HDD 3.jpg

“Idea untuk sekuel saya sebenarnya sudah ada di dalam filem ini. Ianya tersembunyi dari pandangan mata kasar,” katanya.

“Jawapan mengapa dia tersekat di dalam gelung tersebut – saya sudah punya jawapan untuk persoalan tersebut. Jika saya beruntung untuk menghasilkan sekual, jawapannya akan ada di dalam sekual tersebut,” tambah Landon lagi kepada Insider.

Akhir kalam, filem ini merupakan sebuah filem yang baik untuk ditonton. Ianya sesuatu yang ringan, fresh dan mengujakan! Sangat direkomendasi kepada awda yang gemar menonton filem seram, thriller mahupun komedi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s