Malaysia

12 Tahun Menunggu, Idayu Muncul Juara

Kemenangan Idayu di pentas AF Megastar bagaikan sudah dijangka. Sejak awal kemunculannya di Akademi Fantasia musim ketiga, kehebatan vokal Idayu memang tidak boleh disangkal lagi. Ramai yang berpendapat kemenangannya ini merupakan sesuatu yang sudah ‘long overdue’.

Idayu.jpg

Idayu ketika menyanyikan lagu ‘My All’ di konsert akhir AF Megastar semalam. | Foto oleh: Zunnur Al Shafiq

Di samping menyandang gelaran sebagai Megastar Akademi Fantasia selepas diumumkan sebagai juara, beliau juga membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 , percutian selama 10 hari ke Turki, e-Gift daripada Go Shop bernilai RM6,000 dan trofi.

Konsert akhir yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam tersebut menyaksikan Idayu menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘My All’ nyanyian asal Mariah Carey dan ‘Selamanya’ – lagu terbaru hasil ciptaan Amylea Azizan, peserta yang pada mulanya turut bersaing bagi mendapatkan gelaran AF Megastar.

idayu_221017

Idayu ketika mendendangkan lagu ciptaan rakan seperjuangannya, Amylea Azizan. Beliau dinobatkan sebagai juara AF Megastar yang berlangsung semalam. | Gambar oleh: Miera Zulyana

Bagi penulis, pemilihan Idayu sebagai pelantun lagu ciptaan Amylea tersebut bagaikan satu metafora usaha mereka selama ini. Kedua-duanya adalah antara peserta Akademi Fantasia yang mempunyai vokal yang mantap, meskipun kali ini, rezeki sekali lagi tidak menyebelahi Amylea.

“Syukur Alhamdulillah, terima kasih suami, ibu-ibu, keluarga dan anda semua. 12 tahun yang berbaloi, terima kasih,” ujar Idayu di pentas akhir AF Megastar 2017.

Berlainan dari edisi AF sebelumnya, kali ini tiada gelaran naib johan mahupun tempat ketiga. Akan tetapi, konsert akhir yang berlangsung semalam tersebut turut memberi penghargaan kepada Syamel sebagai ‘Ultimate Peformer’ kerana prestasi yang cukup baik pada setiap minggu. Sementara Marsha pula, terbukti sebagai pemenang di hati peminatnya kerana memenangi Anugerah Terlajak Megastar yang ditaja oleh D’Herbs.

AF Megastar finalists.jpg

Finalis AF Megastar 2017: Marsha, Syamel, Bob, Idayu dan Shahir ketika pengumuman peserta yang mara ke peringkat akhir minggu lepas | Foto oleh: Mohd Asri Saifuddin Mamat

Sebelum melabuhkan tirai konsert semalam, Aznil Haji Nawawi, pengemudi rancangan popular tersebut sempat menyatakan bahawa beliau akan terus menyimpan Akademi Fantasia sebagai salah satu kenangan terindah dalam sejarah pengacaraannya.

Sememangnya Akademi Fantasia merupakan antara rancangan realiti yang sangat dekat dihati penonton-penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam sejak ianya mula disiarkan pada tahun 2003, hampir 15 tahun yang lalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s