Sulit buat kami untuk menggambarkan perasaan setelah menonton trailer pertama filem terbaru dari seberang, Ayat-Ayat Cinta 2 ini. Rasa teruja dan tidak sabar jelas menghantui diri kami, terutama apabila menyaksikan adegan-adegan dua pelakon hebat dari Malaysia, Nur Fazura dan Bront Palarae diselitkan di dalam trailer berkenaan.
Filem terbitan MD Pictures yang berunsur Islami ini, sekali lagi menggarap karya popular Habiburrahman El Shirazy, meskipun diarahkan oleh sutradara yang berbeza. Sekuel kepada filem Ayat-Ayat Cinta yang pernah menjadi fenomena di rantau ini satu ketika dahulu dijangka akan menjadi filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini.
Usah gusar, filem ini akan menemui anda pada bulan Desember ini (dengar cerita, 21 Desember 2017). Ya, kurang dari 2 bulan sahaja lagi!
Sebelum itu, dapatkan sinopsis filem Ayat-Ayat Cinta 2 di sini:KLIK
The Greatest Four
Apa yang lebih istimewa kali ini, muzik latar bagi filem ini akan dinyanyikan oleh 4 orang penyanyi. MD Pictures sebagai pengemudi keseluruhan pembikinan filem ini tidak mengumumkan siapakah ‘The Greatest Four’ atau penyanyi-penyanyi tersebut secara serentak.
Setakat ini, baru 3 penyanyi diumumkan melalui akaun instagram rasmi filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini sebagai penyanyi rasmi iaitu Krisdayanti, Rossa dan Isyana Sarasvati. Siapakah penyanyi yang ke empat tersebut? Kita nantikan bersama-sama.