Brunei

5 Soalan Bersama Penerbit Anugerah Pelangi 2017

Kembalinya penganjuran Anugerah Pelangi pada tahun ini bagai memberi sinar harapan buat penggiat muzik tanahair. Sudah diadakan sejak tahun 2005, program dua kali setahun ini merupakan satu-satunya platform yang mengetengahkan dan mengiktiraf para penyanyi dan karya-karya muzik dari Brunei Darussalam.

Sudah agak lama sebenarnya Anugerah Pelangi tidak diadakan. Bak kata orang Brunei, ‘gatal hati’ ini untuk mengetahui mengapa ianya sudah lama tidak dianjurkan. Mujur kami berkesempatan untuk mengadakan temubual secara eksklusif bersama Dania, penerbit Anugerah Pelangi tahun ini!

5 soalan bersama penerbit? Ayo kita mulakan!


1. 1001: Salam Dania, Anugerah Pelangi kali terakhir diadakan pada tahun 2013. Pasti ramai yang ternanti-nanti. Mengapa agaknya ianya sudah lama tidak dianjurkan?

Dania: ‘Anugerah Pelangi’ (AP) adalah sebuah program apresiasi iaitu sebagai ekspresi penghargaan dan pengiktirafan pihak Radio Televisyen Brunei (RTB) kepada penggiat seni muzik tempatan sejak tahun 2005. Namun begitu, kali terakhir program ini diadakan adalah pada tahun 2013 dan direhatkan sementara disebabkan oleh beberapa halangan tertentu. Dalam keadaan ekonomi negara hari ini, sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada perlaksanaan program AP.

2.  1001: Dunia sudah semakin global. Akses kepada media sosial dan laman maya memudahkan orang ramai untuk mengikuti perkembangan muzik dan acara serupa di luar negara. Tekanan pastinya ada sebagai penganjur. Namun begitu, tidakkah pihak penganjur risau dengan persepsi masyarakat dan perbandingan dengan anugerah-anugerah diluar negara?

Dania: Negara kita punya identiti dan calaknya yang tersendiri untuk setiap acara yang dikendalikan, termasuklah ‘Anugerah Pelangi’; asalkan tidak menyalahi konsep hidup di negara ini. Rasa-rasanya tidak perlu risau dengan persepsi masyarakat. Walau bagaimanapun, pihak Pelangi FM berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk AP kali ini, sesuai dengan kemampuan, seiring perkembangan arena muzik di Negara Brunei Darussalam.

3.   1001: Sebagai penerbit AP kali ini, apakah cabaran terbesar yang anda hadapi?

Dania: Setiap acara yang melibatkan banyak pihak pastinya memerlukan kesefahaman dan kerjasama padu untuk menjayakan sesebuah acara. Begitulah juga dengan AP, kerjasama semua pihak amat-amat diperlukan. Sudah setentunya juga, bagi seorang penerbit yang baru pertama kali menerbitkan rancangan besar seperti AP ini adalah suatu tantangan yang cukup mencabar.

Namun begitu, kebaikannya banyak pengalaman baru yang boleh diperolehi dan saya sentiasa berpegang teguh kepada konsep hidup ini sebagi suatu proses pembelajaran yang tidak pernah sudah, menelusuri ilmu-ilmu baru untuk perkembangan diri yang diharapkan dapat menyalur menfaat kepada masyarakat di negara ini .

4. 1001: Bagi Dania, apakah moment terpenting sepanjang Anugerah Pelangi berlangsung?

Dania: Melihat wajah-wajah gembira saat penganugerahan kepada yang berjaya sudah cukup memberi kepuasan – menjadi moment terpenting dalam setiap perlaksanaan acara anugerah. Pelangi FM sentiasa mengalu-alukan para penggiat seni muzik tempatan untuk menyalurkan bakat kreativiti tersebut melalui karya lagu-lagu yang berkualiti. Sokongan dari masyarakat lokal terhadap para penggiat seni ini juga sebenarnya menjadi penyuntik agar mereka tetap semangat berkarya.

5.  1001: Anugerah Pelangi kali ini bagaikan satu ‘comeback’ buat Pelangi FM. Apakah penampilan istimewa Sabtu ini?

Dania: Jika tiada halangan, Pelangi FM akan menjemput para belia dari cabang bidang berbeza sebagai penyampai anugerah pencalonan, sekaligus mengumumkan keputusan anugerah.


Sebanyak 6 kategori akan di pertandingkan di anugerah tersebut nanti. Ianya akan bersiaran secara langsung dari Jerudong Park Amphitheatre di Pelangi FM dan melalui saluran RTB Aneka bermula jam 8 malam. Orang ramai adalah dialu-alukan hadir dan masuk adalah percuma!

Antara artis-artis yang dijangka membuat persembahan diacara itu nanti termasuklah Jaz, Aziz Harun, Maria, Milin, Seniman Jalanan, Ezah Hashim dan ramai lagi. Diddy dan Rudy pula akan menjadi penyeri malam penghargaan tersebut sebagai hos.

Jumpa awda di sana!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s