Brunei

Pencalonan Satu Tribute Bagi Titans

Debaran Anugerah Pelangi sudah kian terasa. Acara tersebut akan membuka tirainya pada hari Sabtu ini dan akan di siarkan secara langsung dari Jerudong Park Amphitheatre bermula jam 8 malam melalui Pelangi FM dan RTB Aneka.

Sebagai salah satu rakan media bagi anugerah tersebut, pastinya kami akan membawakan kepada awda, temubual-temubual eksklusif bersama peserta dan mereka yang terlibat bagi program ini.

Titans tercalon di dalam kategori Lagu Pilihan 2014-2015 tahun ini. | Gambar Ihsan: Pelangi FM / Lokal Fotografi

Bersama band yang sudah ditubuhkan sejak tahun 2001, ahli kumpulan Titans mengongsikan kisah di sebalik lagu ‘Misteri Cinta’ yang tercalon di dalam kategori Lagu Terbaik 2014-2015.

“Sebenarnya lagu ‘Misteri Cinta’ ani mengisahkan tentang seorang wanita yang ada di dalam mimpi dan bayangan. Wanita atu sebenarnya inda wujud. Jadi, lagu ani dalam erti kata lain menceritakan tentang mimpi atu, macam mana segi rupa wanita di dalam bayangan atu,” ujar Jal, gitaris kumpulan Titans.

Pasti ada yang tidak tahu, meskipun sudah lama berada di arena seni musik tempatan, Titans terpaksa menempuh dugaan terberat sepanjang kerjaya mereka apabila vokalis utama kumpulan ini pergi menghadap ilahi tahun ini.

Menurut mereka, pencalonan Titans di dalam Anugerah Pelangi ini bagaikan satu tribut kepada Allahyarham Adeb – ahli kumpulan Titans dan bekas peserta rancangan realiti TV, Paspot 2 Fame (P2F) musim kedua. Pemergian beliau beberapa bulan yang lalu juga dirasai oleh rakan-rakan artis yang lain melalui perkongsian di laman-laman sosial.

Titans 1.jpg

Allahyarham Adeb bersama ahli kumpulan Titans yang lain.

Menurut Jal lagi, “Sebenarnya, sebelum arwah meninggalkan kami, ada perancangan untuk menghasilkan sambungan bagi lagu ‘Misteri Cinta’ ani. Tapi, hasrat kami atu tergendala atas pemergian Allahyarham Adeb.”

“Kenangan biarlah kenangan. Kami inda akan meneruskan membuat lagu bergenre cemaniKami cuba untuk mengeluarkan lagu-lagu berunsur keagamaan pulang. Nama still Titans, tapi genre mungkin berubah,” jelas mereka lagi.

Khabarnya juga, band ini tidak akan mencari vokalis baru. Namun, tetap menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu berunsur dakwah dan zikir sambil bekerjasama dengan rakan artis yang lain.

Takziah buat ahli keluarga Allahyarham Adeb, semoga arwah tergolong bersama orang-orang yang beriman. Dan buat kumpulan Titans, semoga berjaya di Anugerah Pelangi tahun ini dari kami di 1001bintang,

2 thoughts on “Pencalonan Satu Tribute Bagi Titans

  1. Asalamualaikum, Tahniah kepada usaha yang telah di jalan olih pihak IOIO untuk memperkenalkan artis artis Negara Brunei Darusalam. Saranan untuk pihak abiskita juan untuk memaparkan artis artis lama yang masih aktif dalam industri terutama nya didalam persatuan 3P (Persatuan Penyanyi, Pemuzik Dan Pengiat Seni) bagi sama sama memeriahkan Industri Seni di Negara Kitani

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada iskandar razak Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s