Masa yang dinanti-nantikan sudah tiba! Anugerah Pelangi ke enam akan berlangsung malam ini, bersiaran secara langsung dari Jerudong Park Amphitheatre bermula jam 8 malam. Antara artis-artis yang dijangka akan membuat persembahan malam nanti termasuklah Jaz Hayat, Aziz Harun, Maria Aires, Rizal Rasid, Seniman Jalanan, Alilah, Rafiz dan ramai lagi.
Acara muzik terbesar Brunei tersebut juga boleh diikuti di Pelangi FM dan saluran TV, RTB Aneka. Bukan itu sahaja, 1001bintang juga akan membuat liputan secara langsung melalui LIVE UPDATE di Instagram Story kami. Jadi, pastikan awda tidak ketinggalan!
Seperti yang sudah awda ketahui, sebanyak 6 kategori akan dipertandingkan iaitu kategori Vokal Wanita Pilihan, Vokal Lelaki Pilihan, Vokal Duo / Kumpulan Pilihan, Artis Baru Pilihan, Lagu Pilihan (2014-2015) dan Lagu Pilihan (2016-2917).
Khabarnya juga, Anugerah Pelangi bakal memberikan sebuah penghargaan khas atau istimewa kali ini. Siapakah penerima anugerah tersebut dan untuk apakah anugerah tersebut di berikan? Kita sama-sama nantikan malam ini.
Untuk mengetahui senarai penuh calon-calon TOP 5 bagi kategori-kategori tersebut, awda boleh dapatkannya di sini: KLIK