Brunei

Jaz Hayat Rangkul 3 Penghargaan di Anugerah Pelangi

Tahun ini memang tahun Jaz. Baru saja diiktiraf sebagai Pendatang Baru Paling Ngetop 2017 pada bulan Mei dan Male Artist of The Year pada bulan September, semalam pula, beliau berjaya menggondol anugerah ketiga, keempat dan kelimanya tahun ini!

Persembahan memukau dari Ezah Hashim di malam Anugerah Pelangi 2017. | Gambar ihsan: Hady Andhika

Ya, 3 penghargaan berjaya dibawa pulang oleh penyanyi terkenal Brunei yang berpengkalan di Indonesia, Jaz Hayat. Artis yang mula dikenali melalui lagu ‘I Stalk Your Profile’ berkenaan berjaya mengungguli kategori Vokal Lelaki Pilihan, Lagu Pilihan 2016-2017 (Dari Mata) dan anugerah khas dari Pelangi FM, Anugerah Eksklusif – sebuah penghargaan istimewa yang diberikan kepada penggiat seni tanahair yang telah benar-benar berjaya mengangkat nama dan karya mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

IMG_3121

Jaz Hayat mendapat 3 penghargaan di Anugerah Pelangi 2017: Vokal Lelaki Pilihan, Lagu Pilihan 2016-2017 dan Anugerah Eksklusif. | Gambar oleh: Borneo Bulletin

“Alhamdulillah, inda sangkalah dapat anugerah ani pasal awal-awal aku balik ke sini pun payah. Kali terakhir perform di Pelangi Awards pada tahun 2011, tapi alhamdulillah, kali ani dapat 3! Anugerah Eksklusif ani benar-benar inda tau.” kata Jaz ketika ditemubual.

Menurutnya lagi, beliau akan mengeluarkan single ketiganya pada tahun hadapan dan proses rakaman video klip akan bermula pada bulan Disember depan di Korea.

IMG_0839

Eia, pendatang baru pilihan di Anugerah Pelangi kali ini | Gambar dari: Instagram/EiaMusic

Turut berkongsi anugerah yang sama, Aziz Harun juga diiktiraf atas kejayaannya menempa nama di Malaysia dan Singapura melalui lagu ‘Senyum’, ‘Beautiful’, ‘Mama’ dan kini, ‘Jangan’. Beliau merupakan satu-satunya artis Brunei yang berada di bawah naungan syarikat rakaman penyanyi popular, Faizal Tahir.

“Alhamdulillah, Aziz rasa sangat bangga dan terharu sebab ani anugerah yang baru, Anugerah Eksklusif and I feel very appreciated. And Aziz harap semua yang berada di industri ani pun bersemangat untuk mengecapi apa yang Jaz sudah kecapi,” ujar Aziz Harun ketika ditemui oleh kru kami.

Ketika ditanyakan mengenai perkembangan industri muzik tempatan pula menurutnya, “I think you should give opportunity to perform in public more frequently macam malam ani. It’s amazing how the crowd got together. Not only for exposure, but let us pay our artists what they deserve because art is art and it’s hard work. And I think that is a huge factor.”

Also my advise is to always be motivated. To always be driven. Stay focused. Know that you can do it. If you believe you can do it, you will be able to do it. No matter how long it takes you macam Fakhrul Razi, it took him 10-15 years and he’s at a level yang membuatkan kami semua inspired to be in. So, I look up to Fakhrul Razi and how motivated he is,” tambahnya lagi menyanjung tinggi usaha Fakhrul Razi dalam menggapai impian.

Di samping itu juga, antara artis lain yang juga mendapat pengiktirafan di Anugerah Pelangi kali ke 6 ini termasuklah Suzan Maidin (Vokal Wanita Pilihan), A Band Once (Vokal Duo / Kumpulan Pilihan) dan Eia (Artis Baru Pilihan).

IMG_3119

Suzan Maidin, pemenang kategori Vokal Wanita Pilihan bagi Anugerah Pelangi tahun ini, ketika ditemui di belakang pentas. | Gambar oleh: 1001BINTANG

“Sebenarnya inda expect untuk memenangi anugerah malam ani pasal semua yang tercalon memang hebat-hebat. Tapi apabila diumumkan sebagai pemenang, I’m very happy. Jadinya, terima kasih kepada Pelangi, RTB, my supporters dan 1001bintang, especially for your support yang inda habis-habis,” ujar Suzan semalam.

Jika kategori Lagu Pilihan 2016-2017 diungguli oleh lagu ‘Dari Mata’, ciptaan sepenuhnya oleh Jaz, kategori yang sama bagi tahun 2014-2015 pula dberikan kepada lagu ‘Misteri Cinta’, karya Jal Titans. Apa yang istimewa, persembahan dan anugerah semalam bagaikan sebuah tribute buat karya terakhir Allahyarham Adeb, vokalis kumpulan berkenaan yang telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.

IMG_3116

Aziz Harun ketika ditemubual oleh kru 1001bintang setelah acara berakhir. | Gambar oleh: 1001BINTANG

Anugerah Pelanggi 2017 semalam juga diserikan oleh persembahan-persembahan hebat dari artis-artis top tanahair. Antara persembahan yang turut mencuri perhatian termasuklah persembahan dari kumpulan Seniman Jalanan yang memang popular dengan gimik dan gaya persembahan mereka yang tersendiri. Semalam, persembahan mereka diinspirasikan dari lagu ‘Thriller’ oleh Michael Jackson dan lagu berentak ala muzik Thai.

IMG_3113

A Band Once ketika ditemubual oleh 1001BINTANG dibelakang pentas. A Band Once memenangi anugerah Vokal Duo / Kumpulan Pilihan.  | Gambar oleh: 1001BINTANG

Anugerah yang bertemakan ‘Inovasi Arena Muzik Brunei’ ini turut mempersembahkan lagu-lagu yang pernah memenangi Anugerah Pelangi sebelum ini seperti lagu ‘Tentang Kita’ yang dipopularkan oleh kumpulan L.One dan lagu ‘Kau Tetap Milikku’ oleh Maria dan The Seeds. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Rizal Rasid, Ezah Hashim dan Milin dengan nafas baru tersebut sekaligus mengubat rindu peminat muzik tempatan kepada lagu-lagu berkenaan. Penampilan penyanyi popular negara, Aziz Harun, Jaz Hayat dan Maria Aires dengan lagu-lagu terbaru mereka turut memeriahkan dewan Amphitheatre Jerudong Park.

IMG_7543

Rizal Rasid di Anugerah Pelangi 2017 | Gambar Ihsan: Danial Dani

Kehadiran pelakon dan blogger popular Brunei, Liyana Yus dan Kurapak samalam untuk menyampaikan beberapa anugerah semalam merupakan salah satu perbezaan yang ditampilkan oleh Pelangi FM di edisi kali ini.

IMG_0840

Maria di Anugerah Pelangi 2017. | Gambar oleh: Aizuru_Egi

Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi Anugerah Pelangi 2017:-

A) Kategori Vokal Wanita Pilihan: Suzan Maidin

B) Kategori Vokal Lelaki Pilihan: Jaz

C) Kategori Vokal Duo / Kumpulan Pilihan: A Band Once

D) Kategori Artis Baru Pilihan: Eia

E) Kategori Lagu Pilihan (2014-2015): ‘Misteri Cinta’ – Komposer & Lirik: Jal Titans

F) Kategori Lagu Pilihan (2016-2017): ‘Dari Mata’ – Komposer & Lirik: Jaz

G) Anugerah Eksklusif: Aziz Harun & Jaz Hayat


Di kesempatan ini, kami di 1001bintang ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat RTB dan Pelangi FM atas kesempatan untuk menjadi salah satu rakan media bagi anugerah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s