Brunei

Single Pertama Kip Hafizuddin Diterima Baik

Sepuluh hari lepas, pertaruhan muzik pertama Kip Hafizuddin berjudul ‘Bidadari Dunia’ mula berkumandang di Pelangi FM. Lagu tersebut juga sudah boleh di dapati melalui platform muzik atas talian seperti iTunes, Spotify dan banyak lagi mulai 7 November yang lepas. Bagi kami, lagu ini mempunyai auranya tersendiri. Bahkan ada yang berpendapat ianya terasa bagaikan sebuah soundtrack drama.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai pendatang baru di arena muzik tempatan ini, kami berpeluang untuk menemubual beliau secara langsung beberapa hari yang lalu.

“Alhamdulillah, setakat ani lagu ‘Bidadari Dunia’ diterima baik oleh orang Brunei, malah terdapat segelintir masyarakat dari negara jiran kita Malaysia dan Indonesia mulai mengetahui dan mengenal lagu ani.”

IMG_6120

Meskipun proses rakaman di EE Studio hanya memakan masa 3 bulan, proses penciptaan lagu yang digarap sepenuhnya oleh Kip Hafizuddin ini telah melalui proses yang lebih lama. Menurut beliau, melodi bagi lagu ‘Bidadari Dunia’ ini sudah mula ditulis kira-kira dua tahun lepas.

“Melodi lagu ani ditulis pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2017. Memakan masa yang agak lama kerana (saya) sibuk menulis lagu lain jua. Rakaman dibuat masa bulan 7 tahun ani dan siap sepenuhnya pada bulan 10 lepas,”

Di dalam temubual tersebut juga, beliau sempat memberitahu kami bahawa lagu ini dicipta agar kaum lelaki lebih menghargai wanita.

“Wanita boleh dikatakan sebagai ‘a gift from heaven’. Everytime datang ke majlis-majlis perkahwinan, saya sering kali terinspirasi dan berhasrat agar suatu hari saya berpeluang menghasilkan lagu yang boleh dinyanyikan di majlis-majlis tersebut. Sehingga akhirnya terhasillah lagu ‘Bidadari Dunia’ ani,” jelasnya lagi menyentuh soal lagu tersebut.

IMG_6135.JPG

Salah satu perbezaan yang menarik perhatian kami di dalam penghasilan lagu sulung Kip Hafizuddin ini adalah keputusan beliau untuk bekerjasama dengan Melvin – juga pendatang baru arena muzik tempatan. Ingin benar kami mengetahui kenapa beliau memilih untuk bekerjasama dengan beliau kerana ianya satu langkah yang jarang sekali dilakukan, apatah lagi di dalam sebuah projek debute.

Menjawab persoalan tersebut menurutnya, “Melvin adalah salah seorang individu yang mempunyai suara yang agak unik dan rata-rata mengatakan gabungan suara kami begitu serasi. Saya selesa dengan keberadaan Melvin untuk mengiringi lagu tersebut kerana kami selalu membuat persembahan nyanyian bersama-sama. Jadi tidak salah, saya ingin menampilkan beliau dalam single pertama saya.”

It’s definitely a great feeling kerana dapat bekerjasama dengan Kip. I look up to him and he is really a talented guy. Saya bersyukur atas kesempatan ani. Tapi, buat masa ani saya belum bersedia untuk mengeluarkan lagu solo. Tapi, I do have another upcoming single, barangkali akan keluar awal tahun depan – sebuah duet bersama Hill Zaini,” jelas Melvin pula.

Bagi awda yang kurang mengenali mereka, kedua-dua artis ani sering mengongsikan cover duet bersama di akaun media sosial mereka masing-masing.

“Terima kasih juga kepada Yeay Media (@yeay.media) kerana telah menaja muzik video ini. Setakat ini kami masih membuat pencarian ‘Bidadari Dunia’ yang akan tampil dalam muzik video yang akan datang,” ujarnya ketika ditanyakan soal video klip lagu ini pula.

Untuk mendengarkan secara penuh, awda boleh mendapatkannya di: https://store.cdbaby.com/cd/kiphafizuddin ataupun melalui iTunes: https://itunes.apple.com/bn/album/bidadari-dunia-feat-melvin-single/1309377065

Dengarkan preview lagu tersebut di bawah:-

Gambar-gambar ihsan: Kip Hafizuddin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s