Brunei

RINA 2 Terima Anugerah Khas Juri

Festival Filem ASEAN-China 2017 baru saja berakhir semalam dengan sebuah majlis penganugerahan yang berlangsung di Putrajaya, Malaysia. Filem terbitan bersama dua negara, RINA 2 menadapat pengiktirafan Anugerah Khas Juri di malam anugerah berkenaan.

Filem RINA 2 merupakan sekuel kepada filem ‘Ada Apa Dengan Rina’ dan mula ditayangkan pada bulan Julai yang lepas. Filem tersebut merupakan sebuah filem terbitan bersama Regalblue Production dari Brunei dan Lao Art Media Co Ltd dari Laos.

RINA 1

Pelakon utama filem RINA 2, Syukri Mahari ketika siaran perdana filem berkenaan di Brunei pada bulan Julai lepas. 

Festival 4 hari tersebut berlangsung mulai 1 Disember hingga 4 Disember dan merupakan kali pertama diadakan di negara anggota ASEAN. Festival tahun depan pula akan diadakan di bandar Xiamen, China.

Kategori-kategori lain yang dipertandingkan termasuklah kategori: Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Tahniah buat pengarah, pelakon dan semua tenaga produksi filem RINA 2 dari kami di 1001 Bintang. Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi Festival Filem ASEAN-China 2017:-

1. Best Feature Film (Filem Terbaik):  Wolf Warrior 2  (China)

2. Best Director (Pengarah Terbaik): Jack Neo – Long Long Time Ago 2  (Singapore)

3. Best Actor (Pelakon Lelaki Terbaik): Jack Tan – Shuttle Life (Malaysia)

4. Best Actress (Pelakon Wanita Terbaik): Laila Ulao – Women of the Weeping River (Philippines)

5. Special Jury Award (Anugerah Khas Juri): RINA 2 (Brunei-Laos)

Sumber foto: 1001bintang & Hiburan Brunei