Alilah – penyanyi yang sebelum ini tercalon di dalam Anugerah Pelangi 2017 menerusi lagu ‘Takkan Pernah Ku Berhenti Mencintaimu’, kini berada di Zhengzhou, China sehingga 10 Disember ini bagi mewakili negara di dalam Konsert Persahabatan China-ASEAN.
Konsert yang berlangsung semalam itu juga disertai oleh nama-nama besar seperti Shila Amzah dari Malaysia dan Christian Bautista dari Filipina.
“Ini merupakan kali pertama mewakili negara, perasaan berdebar pasti ada. Apatah lagi satu pentas dengan penyanyi hebat dari negara lainnya seperti Shila Amzah dari Malaysia,” ujar Alilah.
Di konsert berkenaan, beliau telah membawakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh G-Fadh. ‘Tinggalkan Saja Aku’. Beliau juga khabarnya sudah mempunyai perancangan untuk merakamkan beberapa buah lagu baru garapan komposer negara seperti K-Roll dan Wan Iman.

Penyanyi Brunei, Alilah bersama dengan penerbit-penerbit Radio Televisyen Brunei, DJ Alif Amsyar dan Miennan Yunos, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke China pada 5 Disember yang lalu. | Sumber foto: Borneo Bulletin / AZIZ IDRIS
Selain lagu-lagu bersama Maria dan Putri Norizah, Alilah juga pernah berkolaborasi bersama dengan Luvito Band dari Indonesia. Lagu ‘Anak Bujangan Mencari Cinta’ merupakan antara lagu popular beliau dan sering dimainkan di corong-corong radio tempatan.
Gambar ihsan dari: DJ Alif Amsyar