Malaysia

Swarovski, Lancome, Forbes & Kini, AirAsia – Neelofa Takkan Berhenti

Kejutan demi kejutan kita terima dari pelakon, pengacara dan usahawan muda terkenal, Neelofa tahun ini.

Jika sebelum ini, ramai yang cemburu melihat beliau menghadiri pesta Swarovski di Milan. Kemudian, dilantik pula menjadi duta jenama produk kecantikan Lancome pertama yang mengenakan hijab.

Tahun ini juga, beliau tersenarai di dalam Forbes 30 Under 30 – sebuah penghargaan yang diberikan kepada usahawan-usahawan muda yang telah berjaya mengangkat jenama dan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Semalam pula, beliau diumumkan menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia dan berkuatkuasa serta-merta!

Berucap kepada media, katanya, “Pencapaian ini bukanlah hanya kejayaan buat diri sendiri, tetapi ia adalah buat semua wanita di luar sana. Saya teruja untuk menjalankan tugas baru ini dan berharap dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.”

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, perlantikan tersebut adalah perkara yang begitu mengujakan kerana kelebihan Neelofa sebagai usahawan, pencipta jenama dan pencetus industri bakal memberi kelebihan kepada AirAsia.

Pasti ramai yang ternganga melihat pencapaian beliau tahun ini. Namun, apa yang pasti dengan kejayaan ini, sememangnya Neelofa menjadi inspirasi bagi ramai belia, wanita dan usahawan-usahawan muda di luar sana.

Tahniah Neelofa! Dari kami di 1001 Bintang.

Sumber foto: Akaun Instagram Neelofa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s