Brunei

‘Akad’ – Warkah Yazid Yusof Buat Isteri

Kata orang, kalau susah kan mengungkapkan perasaan, pakai lagu saja! Itulah yang dilakukan oleh penyanyi kelahiran Brunei Darussalam, Yazid Yusof.

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada awal bulan Oktober yang lepas, Yazid Yusof kini tampil dengan lagu baru berjudul ‘Akad’. Menariknya, single terbarunya ini merupakan sebuah lagu yang ditujukan khas buat isterinya yang tercinta. Jom kita rungkai cerita di sebalik lagu ini!

photo_2017-12-18_15-58-28

“Ilham (untuk membuat lagu ani) datang tepat pada masanya. Pada masa atu, Yazid belum lagi berkahwin sama my wife, masih lagi berkawan. Pasal Yazid inda pandai explain in words, I took my guitar. Dengan sendirinya, ilham atu datang ke hati dan tarus terciptanya lirik lagu Akad ani. Nasib baik masa atu (sempat) be-‘record’!” katanya dalam nada bergurau.

Lagu ini merupakan sebuah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Yazid Yusof, muziknya pula disusun oleh penyanyi dan pencipta lagu tempatan yang cukup dikenali, Juan Madial, manakala rakamannya pula dibuat di Atune Studio.

Apa yang lebih istimewa, muzik video yang diarahkan oleh Danial Aldani dan diterbitkan oleh Lokal Fotografi tersebut, terhasil hanya beberapa minggu selepas majlis perkahwinan mereka. Oleh sebab itulah, terdapatkan klip-klip asal semasa hari perkahwinan mereka di dalam video berdurasi selama kurang dari 4 minit tersebut.

Menurut Yazid, lagu ‘Akad’ ini bagaikan tanda perjanjiannya kepada si isteri dan dalam masa yang sama, ia juga merupakan sebuah lagu comeback beliau ke arena muzik tempatan. Setakat ini, video tersebut sudah memperolehi lebih dari seribu tontonan di akaun rasmi YouTube beliau.

Siapa Yazid Yusof?

Bagi awda yang sudah mendengarkan lagu ini di corong-corong radio, pasti tertanya-tanya siapakah gerangan pelantun lagu ‘Akad’ ini.

“Yazid mula menyanyi dari damit. Rajin karaoke di majlis orang kahwin. I think similar to other singers.”

Yazid Yusof sudah pernah tampil dengan beberapa buah lagu sebelum ini. Single ‘Kuasa Cinta Mu’ yang diterbitkan pada tahun 2012 merupakan pertaruhan pertamanya di dunia seni tarik suara tanahair, diikuti pula dengan lagu ‘Hanya Satu Bintang’ pada tahun berikutnya. Pada tahun 2015 pula, lagu beliau berjudul ‘Bulan’ sempat dikeluarkan.

Pada tahun itu jugalah kali pertama Yazid Yusof merakamkan sebuah lagu raya berjudul ‘Hari Raya Kitani’ ciptaan Juan Madial.

“Semua lagu-lagu atu di rakam di Krock Studio. Bagi Yazid, merakamkan lagu di Krock Studio bukan saja tempat untuk menghasilkan lagu yang berkualiti, tapi di sanalah tempat Yazid belajar dan meningkatkan lagi ilmu nyanyian daripada kawan-kawan yang selalu mendampingi Yazid di sana, terutamanya K’roll D’Hask,” tambahnya lagi.

Beliau juga mengakui bukannya mudah untuk menjana pendapatan melalui nyanyian di dalam pasaran tempatan dan ini merupakan salah satu cabaran utama beliau sepanjang bergelar penyanyi di Brunei. Namun begitu, beliau tetap berharap agar lagu ini boleh diterima oleh orang ramai di dalam dan luar negara.

Untuk pengetahuan awda juga, lagu yang sudah mula diputarkan di Pelangi FM sejak 4 Disember tersebut juga boleh didapati di iTunes. Jadi, tunggu apa lagi?

photo_2017-12-18_15-59-08


LIRIK LAGU ‘AKAD’ – Yazid Yusof

Aku, inginkan dirimu untukku
Aku, ingin membuat bahagiaku

Yang suatu hari nanti
Pasti ada untukku
Yang suatu hari nanti
Ada di setiap pagiku

(Chorus)
Akan kukotakan
Segala impian kepadamu
Agar bahagia kita bersama
Di hari tua

Aku kan sentiasa ada di hari senjamu
Aku kan bersama mu di hari tuamu

Hadirnya dirimu
Bagaikan sinar suria
Menerangi jiwa ku
Yang lama di dalam gelita

(Chorus)
Segala impian
Agar bahagia kita bersama
Di hari tua

Akan ku pastikan
Dirimu bahagia bersama ku
Agar terpahat seribu senyuman
Di hatimu


 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s