1001 Personaliti / Brunei

Fasa Transisi Aziz Harun

Look 3 - Kit Woo

Aziz Harun mengenakan oversized Trench Coat garapan pereka fesyen dari Malaysia, Kit Woo (@KitWoo)

HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2017. Sudah menjadi kelaziman di bulan Disember untuk kita merenung kembali pencapaian sepanjang tahun, sebelum membuka lembaran baru di tahun berikutnya.

Dalam memilih sosok yang sesuai untuk mengisi ruangan 1001 Personaliti bagi edisi penghujung tahun: ‘The New Year Issue’ ini, jelas sekali kami inginkan seseorang yang juga melalui fasa peralihan dari segi kerjaya dan kehidupannya.

1001 Personaliti sudah pernah memaparkan dua wanita yang cemerlang di dalam bidang mereka sebelum ini.

Melangkah ke edisi ke tiga, kami rasakan mungkin sudah tiba masanya bagi kami untuk menampilkan seorang personaliti lelaki pula di dalam ruangan ini.

Bagi awda yang sentiasa mengikuti perkembangan muzik tanahair, pasti sudah mengenali penyanyi dan komposer muda Aziz Harun.

Baru sahaja menyambut hari ulang tahunnya yang ke 19 pada 2 Disember yang lalu, rasanya beliaulah calon yang paling tepat untuk menjadi cover story kami bagi penghujung tahun 2017 ini.

Menjadi Vlogger Di Usia Muda

Awda bukanlah peminat tegar beliau jika tidak mengetahui beliau dahulu aktif di laman YouTube.

Penyanyi yang kini popular dengan single terbarunya berjudul ‘Jangan’ ini merupakan anak bungsu daripada 6 beradik. Sebagai anak bungsu, pastinya beliau menjadi adik kesayangan adik-beradik yang lain.

Pada mulanya video-video yang dimuat naik di akaun YouTube peribadinya (Jambul212) tersebut bertujuan untuk mengubat rindu kakak-kakaknya yang pada masa itu berada di luar negara.

Username ‘Jambul’ dipilih sebab it was the first name that popped up in my head when i made my first email address. So, it stuck with me,” jelasnya.

Tanpa disedari, video-video tersebut menjadi tular sehingga beroleh ribuan pengikut dan digemari, bukan sahaja di kalangan peminat tempatan, bahkan juga penonton dari negara jiran.

Selepas itu, beliau mula memuat naik video-video ‘cover’ lagu popular pada masa itu, termasuklah lagu ciptaannya sendiri. Antara yang paling mendapat perhatian ialah lagu Inggeris pertama ciptaannya, ‘Peace and Harmony’ 7 tahun yang lalu. Kini, video tersebut sudah mendapat lebih dari 150 ribu tontonan.

Melalui platform ini jugalah bakatnya dicungkil oleh Faizal Tahir pada tahun 2014 dan dilamar untuk menyertai syarikat rakaman yang baru ditubuhkannya. Lagu ‘Random Hook’ benar-benar membawa tuah kepadanya dan mulai saat itulah kehidupannya berubah.

“Aziz rasa muzik Aziz has progressed pretty far-lah. I sounded like a bloody girl!”

“Satu perkara yang you guys inda tau is that, Aziz ada ‘Peace and Harmony’ versi baru. Aziz keluarkan (yang pertama) masa berumur 11 tahun and rerecorded it when I was 14 or 15. Suara Aziz lainlah! Barangkali Aziz boleh buat versi yang ketiga (just) to tell the difference,” tambahnya lagi.

Look 1 - Lan Baharin (2)

Padanan loafers dari Lan Baharin (@LanBaharin) dan persalinan serba hitam ini membuatkan Aziz Harun tampak lebih matang dan sophisticated.

“Selepas atu, dari ‘Peace and Harmony’, it went to ‘Never Gonna Stop’. It was a bit more pop – Justin Bieber kind of stuff. After that, it was ‘Senyum’, lagu yang lebih komersial dan mainstream.”

“Lagu ‘Senyum’ ani was very nice for me sebab it showed people who I was pasal banyak gitar. Lagu selepas atu, ‘Beautiful’ and ‘Mama’ pun pakai gitar jua. Tapi, it was a bit slow, personal and more feeling-lah.”

And then, ‘Jangan’. It was a huge mile-stone for me sebab lagu atu ada different vibe, bukan lagi macam lagu kanak-kanak. I wanna be known as the mature guy. Aziz dapat liat all my friends dalam industri ani semua membuat lagu berirama Melayu 90-an. Jadi, lagu ‘Jangan’ ani lebih kepada lagu-lagu macam Innuendo, Ruffedge vibe. It’s nice to see that I am also bringing the 90s – 2000s vibe in the form of R&B, somehow.” 

#JgnAziz

Pertemuan penulis dengan Aziz Harun buat kali pertama adalah ketika majlis pelancaran dan pra-tonton video klip (MV) lagu tersebut pada bulan September lepas di Bandar Seri Begawan.

I admit that I am not the best looking guy. So, we had to use my surroundings and stuff like that. The house was very nice. Macam bukan di Brunei kan?” guraunya lagi.

Menurut Aziz, konsep minimalis merupakan salah satu elemen penting dalam pembikinan video klip berkenaan.

“Kami tau lagu ‘Jangan’ ani is just a ball of cheese. It’s so cheezy! So, we wanted a very simple feel to it. Lagu atu pun chill, inda luan banyak instruments – gitar, piano dan bass saja.” tambah penerima Anugerah Eksklusif di Anugerah Pelangi yang berlangsung baru-baru ini.

Beliau sendiri mengakui bahawa lagu tersebut merupakan salah satu lagu kegemarannya setakat ini. Senang baginya untuk menjiwai watak ketika dalam proses rakaman.

I can relate to it a lot and it was very easy. I fell in love wth the lyrics. How simple it was. How meaningful it was. So, I can really get into character pretty easy-lah,ujarnya ketika menerangkan mengenai lagu yang menceritakan tentang hubungan jarak jauh itu.

Dalam masa yang sama, beliau sempat mengungkapkan rasa kagum terhadap BeeDee Creative – kru produksi yang bertungkus lumus menerbitkan video berkenaan. Menariknya, rakaman hanya memakan masa dua hari sahaja.

“Masa hari terakhir rakaman, he was already piecing it together. So, masa kami membuat penggambaran atu, he already had the girl’s scenes sorted. His pre-production was very good-lah.”

Selain itu, satu fakta menarik mengenai lagu ‘Jangan’ ini, proses penulisan lagu ini sudah bermula lebih dari setahun yang lalu. Akan tetapi proses pembuatan secara keseluruhan memakan masa kira-kira 8 bulan untuk disiapkan.

We actually had the chorus before (lagu) Mama and then they didn’t know what to do with the chorus and I didn’t want it to be my next single at that time because I was focussing on my exams, A-levels. Jadi, Aziz tau I cant really push with my next single so we decided to go with ‘Mama’.”

Bagi penonton setia drama bersiri ‘Awak Suka Saya Tak?’, pasti sudah biasa mendengarkan lagu ini. Lagu ‘Jangan’ ini merupakan salah satu daripada runut bunyi atau original soundtrack bagi drama popular, lakonan mantap dari Alvin Chong dan Emma Maembong tersebut.

“Aziz akui Aziz indalah begitu fasih berbahasa Melayu Malaysia. Tapi, kalau ada role yang ngam, I am open to try,” katanya ketika ditanyakan sama ada beliau berminat untuk mencuba bidang lakonan pula. Meskipun begitu, beliau tetap menegaskan bahawa bakat lakonannya tidaklah seberapa.

Gap Year

Tahun demi tahun berlalu. Penyanyi muda dan berbakat besar ini perlahan-lahan melangkah ke peringkat dewasa. Rasanya baru semalam menyaksikan video nyanyiannya di laman YouTube. Sekarang, beliau merupakan salah seorang selebriti terkenal di tanahair.

Di sebalik kejayaan tersebut, selebriti muda kebanggaan negara ini juga sebenarnya masih belajar. Mungkin ini menjadi salah satu sebab mengapa beliau menjadi ikutan dan idola anak-anak muda sekarang.

Bukan senang untuk menyanyi dan belajar dalam masa yang sama. Pengurusan masa yang baik adalah sangat penting. Meskipun begitu, tahukah awda bahawa Aziz sekarang sedang bercuti dari belajar dan ingin memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian buat sementara waktu?

Sudah agak lama desas-desus ini kedengaran. Jelasnya, keputusan untuk mengambil ‘Gap Year’ selama setahun ini adalah keputusannya sendiri. Mendengar jawapan tersebut, gatal hati kami ingin mengetahui apakah reaksi ibubapa beliau ketika mengetahui hal berkenaan.

“Aziz sebenarnya kept it away dari my dad for a bit.”

“He wouldn’t be against it but he would make me question balik-balik. Kalau Aziz bagitau ia awal, I’d probably would have been like, “Okay, probably I shouldn’t do this.” Tapi, I told him last, I told my mom first.

My mom was very supportive.  My dad always has this mindset like “ You can do whatever you want, bapa wouldn’t be angry. But make sure you get your degree at the end of the day.” And atu yang Aziz masih maulah. Ijazah. You always want a degree to fall back on. I believe in my parents,” jelasnya panjang lebar.

Look 2 - Kit Woo
Jaket pelbagai lengan dari Kit Woo (@KitWoo) ini sangat fleksibel dari segi penggayaan. Jaket ini pernah diperagakan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KL Fashion Week) sebelum ini.

“Aziz ambil keputusan untuk ambil ‘Gap Year’ sebab I love music. And also, my grades weren’t that bad. Jadi, parents Aziz benarkan Aziz to do it,”

Semasa temubual ini berlangsung, Aziz sedang menjalani lawatan ke institusi-institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bagi mempromosi single terbarunya.

“Sebelum ani, masa lagu ‘Senyum’, ‘Beautiful’, ‘Mama’…  Aziz inda pernah buat IPT Tour sebab Aziz masih belajar masa atu. Selalunya Aziz promosi lagu dalam radio and TV, tapi IPT Tours – where I actually perform in front of students, I never actually gained any experience from that. I find it really important for ‘Jangan’ sebab I want it to be successful,”

Berhijrah Ke Malaysia

Mengakui ini bukanlah cara konvensional bagi seorang remaja, terutama yang berasal dari Brunei untuk berehat untuk sementara waktu dari menimba ilmu, akan tetapi menurut beliau fasa ini telah memberikan beliau peluang untuk belajar banyak tentang kehidupan.

I think I learn a life lesson from it. To be behind my friends, socially. Ianya membuatkan Aziz sadar yang Aziz indakan sama my friends forever. And that we’re going to go on our own paths. So, I get to learn that early. And also, Aziz dapat belajar awal dari orang-orang yang ada di dalam industri ani at such a young age. I can learn from them. I can absorb it all.”

“Tapi, to those yang kan mengambil ‘gap year’ macam Aziz jua, just make sure you have something to do. Jangan beparap saja di rumah. When I came into the gap year, I was sure that I wasn’t to be at home, sitting. That would be a waste of time,” pesan Aziz.

Gap ani dari bulan Ogos sampai Ogos (next year). Maybe lepas atu, Aziz sambung belajar lagi. I’m leaning towards Malaysia pulang ni.  I see artist balik-balik graduate, tapi at the same time they’re still actors, singers. So I might do that. I might do twinning cause I really want to experience belajar overseas jua in Management Economics di Essex,”

And I think, azam baru for me to baca buku. Inda kira in Malaykah, Englishkah. I just need to start reading books. Karang masuk skulah inda pandai belajar. And also, learn how to write songs. Be a better kid. Be nicer to my sister, maybe.” katanya sinis. 

Kongsi Pengalaman Memalukan

Walaupun baru beberapa bulan menetap di Malaysia, sudah banyak perbezaan yang diamatinya. Malaysia dan Brunei mungkin sahaja berkongsi sempadan, akan tetapi perbezaan dari segi budaya dan bahasa jelas sekali membuatkan beliau keliru pada awalnya.

“Masa my first interview ever ‘Nasi Lemak Kopi O’ on TV9, I didn’t know how to speak Malaysian Malay kan. Jadi, orang atu betanya lagu ‘Senyum’ ni pasal apa? I said ‘orang pikir lagu ani pasal mengurat bini2’

And that’s already a *beep*.And the interviewer was like, ‘Huh? Kau cuba nak mengurat bini orang?’ I actually meant mengurat perempuan. I was so lost and I was so embarrassed. So, that was a total fail. Paling embarrassing,” ujarnya sambil tergelak.

Penyesalan

Bak kata orang, kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan. Membuat keputusan untuk lebih memberi tumpuan kepada pelajaran atau kerjaya sememangnya satu keputusan yang sukar. Beliau mungkin berjaya untuk menempah nama sebagai penyanyi di Malaysia, namun tetap zahir rasa kesal di dalam dirinya.

To be completely honest, when ‘Senyum’ came out I should have moved here to go to school, ambil O levels in di Malaysia, buat IPT Tours dari awal sebab masa ani, I know what it could have potentially been.”

And masa atu jua, I should have been more active with the fans and not be too shy calling my fans, ‘fans’. I was not used to it. I would tell to myself, ‘who are you to call your fans ‘fans’?’ When, they’re actually there and they like being acknowledged.” luahnya ketika cuba untuk mengungkapkan rasa janggal dan  kekok untuk mempunyai peminat di awal kerjayanya di sini.

“Aziz rasa it’s different sebab di Brunei, kitani inda berapa exposed to public shows. So, we do not know how to react to people singing live. Ada yang malu-malu sikit. So, Brunei shows support in a different way. They’re very quiet tapi we still support our artists banar-banar. But, here in Malaysia, they just support like crazy!”

Perjalanan Aziz Harun sebagai insan seni masih panjang. Di usia setahun jagung ini katanya, banyak yang harus dipelajarinya. Namun, beliau tetap bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokongnya selama ini.

Thank you to my fans because you have always supported me. Thank you so much for listening to my songs, for streaming them on all platforms. Also, thank you so much for the new fans that are going to come from this article.”

And to those yang baru kan start, I’d say don’t stop making covers. Don’t care about numbers right now. One is better than zero. If you have one guy watching the video, maybe the one guy is a CEO or something. If you wanna be a singer, prove to people you can sing. Focus on singing. If you’re into song writing, write as much songs as you want. So, don’t stop pushing content out!”



cover1

Ketua Pengarang: Zulhelmi Kamaluddin
Pengarah Seni: Fikri Afif Daud
Jurugambar: Azim Mahayudin
Tata Rias (Rambut & Wajah): TW Makeovers by Mimir ZR
Kru Lokasi: Faidh Fakhurullah Issrah, Diyanah Jannah & Balqis Najwa

SENARAI PENAJA

Pakaian: Kit Woo
Kasut: Lan Baharin

Lokasi: AM Studio, Kajang


Hak Cipta Terpelihara – 1001 Entertainment

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s