Setelah menakluki takhta senarai model dengan bayaran tertinggi lebih dari 10 tahun, supermodel Gisele Bundchen akhirnya jatuh ke tangga kedua setelah Kendall Jenner ($22 juta) mengambil alih tempat pertama pada tahun ini.
Walaupun status supermodelnya masih lagi dipertikaikan segilintir pihak, kuasa media sosial Jenner tidak perlu dipersoalkan lagi. Bermodalkan 85 juta pengikut di Instagram, tidak hairanlah sekiranya beliau dipilih menjadi duta beberapa jenama besar seperti Estée Lauder, La Perla dan Adidas serta pendapatan sampingan dari siri realiti tv ‘Keeping Up with The Kardashian’, jenama pakaian bersama adiknya, Kylie Jenner, Kendall + Kylie dan beberapa lagi endorsements di media sosial.
Mengatasi Gisele Bundchen ($17 juta) yang kini berusia 37 tahun, Bundchen masih lagi beraksi di hadapan kamera untuk beberapa kempen fesyen seperti wangian Carolina Herrera, sepatu Arezzo dan barangan kemas Vivara walaupun mengalami penurunan pendapatan sebanyak 43% daripada tahun sebelumnya berjumlah $30.5 juta.
Berikut merupakan model antarabangsa yang berjaya tersenarai dalam senarai Forbes model dengan bayaran tertinggi bagi tahun 2017:
1. Kendall Jenner – $22 juta
2. Gisele Bündchen – $17.5 juta
3. Chrissy Teigen – $13.5 juta
4. Adriana Lima – $10.5 juta
5. Gigi Hadid – $9.5 juta
6. Rosie Huntington-Whiteley – $9.5 juta
7. Karlie Kloss – $9 juta
8. Liu Wen – $6.5 juta
9. Bella Hadid – $6 juta
10. Ashley Graham – $5.5 juta