Malaysia / TOP 10

TOP 10 Gaya Neelofa Tahun Ini

Suka ataupun tidak, Neelofa sememangnya telah berjaya meletakkan dirinya di kalangan A-lister industri seni Malaysia. Kejayaan demi kejayaan diraih tahun ini termasuklah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017, Neelofa is unstoppable!

Menjadi selebriti Malaysia dengan jumlah pengikut Instagram tertinggi iaitu seramai 5.3 juta, stail Neelofa sentiasa diperhatikan setiap kali post baru dimuat naik ke dalam laman media sosialnya. Sejak mengambil keputusan untuk berhijab pada tahun 2014, gayanya mula menjadi ikutan terutama bagi golongan wanita berhijab.

Pengasas Naelofar Hijab yang kini dijual di 38 buah negara, Neelofa, sentiasa tampil berani mengenakan pelbagai fesyen yang digayakan bersama hijab keluaran syarikatnya  sebagai bukti bahawa fesyen berhijab tidak terbatas hanya dengan abaya. Dari gaya Meletop hingga ke kota Paris, berikut merupakan Top 10 Fesyen Ikonik Neelofa Tahun 2017:-

1. Januari 2017

01.jpg

Menyarung busana two-piece rona keemasan rekaan Tsyahmi ketika hadir di SME & Entrepreneurship Business Award 2017.

2. Mac 2017

02.jpg

Menggayakan statement printed trench coat rekaan Egie dari Shoes Shoes Shoes dan beg  Louis Vuitton ketika berada di Paris.

3. April 2017

03.jpg

Walaupun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, Neelofa membuktikan bahawa statement tee boleh dipakai di pentas anugerah. Padanan statement tee dan ball skirt rekaan Fiziwoo ketika mengacarakan Anugerah MeleTOP Era 2017.

4. Julai 2017

04.jpg

Tampil chic menggayakan feathered coat Khoon Hooi ketika hadir di majlis Swarovski di Bangkok.

5. September 2017

05

Dalam persalinan serba hitam, Neelofa menggayakan jacket dan dress Alia Bastamam dipadankan dengan tas tangan Dior dan kaca mata Valentino ketika berada di kota Milan.

6. September 2017

06

Memilih untuk menggayakan  busana rekaan pereka tempatan di acara eksklusif Swarovski di Milan, Neelofa tampil berani dalam persalinan Fiziwoo serba merah.

7. Oktober 2017

07.jpg

Structured shoulder top rona shocking pink Brian Khoo yang dipadankan dengan tas tangan dari label Chloé mencuri tumpuan di kota Paris.

8. November 2017

08.jpg

Keep it warm dengan mengenakan ruffle jacket Viktor & Rolf dan boots Balenciaga semasa berada di Shanghai.

9. November 2017

09.jpg

Hadir di karpet merah InTrend Gala 2017 sekali gus merangkul 3 trofi pada malam itu, Neelofa memilih gaya minimal dalam persalinan Maison Margiela dan tali pinggang rekaan Chloé.

10. November 2017

10.jpg

Sentiasa mahu tampil fashion forward, persalinan Dior dari koleksi Cruise 2018 dan boots Balenciaga menjadi pilihan Neelofa ketika mengacarakan rancangan MeleTOP.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s