Malaysia

“It’s a girl!” – CTDK Umum Jantina Anak

CTDK 2.jpg

Sumber foto: The Star/Izzrafiq Alias

Rasanya, perkembangan terkini mengenai penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza dan kandungan beliau sentiasa menjadi perhatian. Ya, masa yang kita nanti-nantikan sudah tiba! Pasangan CTDK akhirnya mengumumkan jantina anak sulung mereka bersempena dengan hari ulang tahun Dato Siti yang ke 39 tahun hari ini.

Pengumuman penting dari pasangan Datuk Khalid (atau lebih popular dengan gelaran ‘Datuk K’) dan Dato Siti yang dibuat pagi tadi benar-benar menggemparkan media sosial. Kalau inda viral, bukan CTDK-lah namanya, kan?

“Pertama sekali, terima kasih pada semua yang mengucapkan ‘Happy Birthday’ untuk saya. Terima kasih, Siti sangat berterima kasih dan doakan semoga semuanya selamat,” kata Dato Siti, memulakan pengumuman melalui video pendek yang dimuat naik di akaun instagram peribadi @CTDK.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on “Dan Alhamdulillah, saya rasa hadiah paling bermakna bagi saya ialah zuriat yang bakal dilahirkan, insyaAllah pada bulan Mac nanti. Doakan semoga semuanya sempurna,”

Apa yang lebih istimewa, pengumuman tersebut dibuat bersama-sama suami. Jelas Datuk K di dalam video tersebut, “Doktor telah mengesahkan bahawa kandungan Siti adalah merupakan seorang puteri.”

Terpancar kebahagiaan kedua pasangan ini ketika membuat pengumuman berkenaan. Bak kata orang, betul-betul #RelationshipGoals idaman semua. Tidak dinafikan, kelahiran puteri sulung CTDK ini mungkin salah satu kelahiran anak selebriti yang paling dinanti-nantikan di Malaysia setakat ini. Saingan berat buat anak-anak selebriti Malaysia yang lain!

Siti Nurhaliza

Dato Siti Nurhaliza ketika menghadiri majlis perkahwinan pemain bola sepak Malaysia beberapa tahun lepas | Gambar: Idzwan Junaidi

Bila Umumkan Nama Pula?

Jantina dan bulan kelahiran sudah diumumkan, mungkin setelah ini nama pula? Tidak mustahil jika nama ‘Siti Nurkhalida’ menjadi pilihan pasangan ini – gabungan nama Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid.

Apapun nama yang diberi, yang pasti, rumah tangga yang dibina sejak tahun 2006 ini sememangnya akan lebih berseri lagi dengan kehadiran si cilik pada bulan Mac kelak. Kami doakan semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat, amin!

Artikel sebelum ini: 11 Tahun Menanti, Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s