Anugerah Golden Globe kali ke 75 (juga dikenali sebagai Golden Globes) membuka tirai musim anugerah di Hollywood Ahad lalu dengan penuh gilang-gemilang. Bagi awda yang menyaksikan acara permaidani merah atau red carpet anugerah tersebut, pasti menyedari adanya sedikit perbezaan kali ini – hampir semua selebriti jemputan dan tetamu yang hadir mengenakan persalinan serba hitam. Tapi, kenapa?
Mungkin ada di antara awda yang sudah membaca sebelum ini mengenai tuduhan gangguan seksual terhadap penerbit terkenal Harvey Wiensten, penerbit eksekutif filem sekuel Scary Movie, Spy Kids dan Paddington. Sejak pendedahan pertama dibuat oleh akhbar The New York Times pada bulan Oktober yang lalu, semakin ramai wanita tampil ke hadapan untuk membuat pengakuan bahawa mereka juga pernah diganggu secara seksual oleh Weinstein – meskipun Weinstein menolak dakwaan-dakwaan berkenaan. Apa yang memeranjatkan, beberapa pelakon papan atas atau A-lister di Hollywood juga turut tampil bersuara, antaranya termasuklah Angelina Jolie dan Gwyneth Paltrow.
Pendedahan-pendedahan itu seolah-olah menandakan bahawa sudah tiba masanya untuk bersuara dan bangkit untuk sama-sama membantras budaya yang sudah menjadi kelaziman di dalam industri perfileman Hollywood. Inilah mesej yang ingin disampaikan oleh para selebriti pada malam anugerah tersebut, bagi menyokong pergerakan ‘Time’s Up’.
Bercakap mengenai fesyen permaidani merah pula, memakai pakaian serba hitam tidak sedikit pun menghalang selebriti jemputan untuk tampak eksklusif dan bergaya. Berikut adalah gaya dan fesyen selebriti pilihan kami di Anugerah Golden Globe kali ke 75 di dalam persalinan jenama-jenama fesyen terbesar dunia:-
1. Angelina Jolie dalam persalinan Atelier Versace
2. Diane Kruger dalam persalinan Prada
3. Gal Gadot dalam persalinan Tom Ford
4. James Franco dalam persalinan Salvatore Ferragamo
5. Jessica Biel dalam persalinan Dior
6. Jessica Chastain dalam persalinan Armani Privé
7. Kendall Jenner dalam persalinan Giambattista Valli
8. Margot Robbie dalam persalina Gucci
9. Saoirse Ronan dalam persalinan Versace
10. Tracee Ellis Ross dalam persalinan Marc Jacobs