Brunei

Apa Dia ‘UKUM STATUS’?

IMG_5317

Kami tertarik dengan komen pada video muzik ‘Ukum Status’ yang baru sahaja dilancarkan Sabtu lepas: “Tua sudah pajimu atu, inda lagi ukum kan bejalan.”

Benar, penulis sendiri kurang arif tentang makna di sebalik perkataan ‘ukum’ tersebut.  Kami tahu perkataan itu sering digunakan, namun jauh sekali dari memahami maksud sebenarnya. ‘Ukum’ merupakan satu perkataan yang mempunyai pengertian yang agak samar-samar. Kata orang putih, vague.

Dan apabila blogger dan personaliti terkenal tanahair, Alin Kurapak dan rakannya, Khaliq Roziman mula menggunakan perkataan tersebut pada awal tahun lepas sambil menggabungkannya dengan perkataan ‘Status’, pening kami dibuatnya! Jadi, apa pula maksud ‘ukum status’?

IMG_5323.jpg

Pameran ‘Ukum Status’

Bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai maksud di sebalik ‘Ukum Status’ tersebut, sebuah pameran dengan nama yang sama telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas di ChaTraMue, Serusop. Pameran seni yang dikuratorkan oleh Osveanne N Osman berkenaan telah menyatukan 8 seniman yang memaparkan pameran yang menggambarkan interpretasi dan definisi mereka masing-masing terhadap konsep ‘Ukum Status’.

Salah satu tarikan utama pameran tersebut adalah pelancaran lagu dan video klip rasmi ‘Ukum Status’, sebuah lagu yang menampilkan rapper terkenal, Zed Peace dari kumpulan rap MicBandits dan Adib Noor terbitan Nabil Iskandar.

IMG_5327.jpg

Muzik video karya Syazwan Sukreyy dari Memorito berkenaan turut menampilkan cameo dari personaliti-personaliti dan blogger-blogger terkenal tanahair seperti Aziz Harun, Adlitube, Malsdaud, Nazirul Wardy dan ramai lagi.

“Subjek utama di dalam video tersebut bukan orang, akan tetapi media atu sendiri, termasuklah tempat-tempat di mana Kurapak dan Aliq sering menghabiskan waktu sambil bekerja,” jelas pengurus projek, Auji Azizi.

Meskipun sehingga kini, maksud ‘Ukum’ ataupun ‘Ukum Status’ tetap kurang jelas. Bagi kami, team Kurapak sangat bijak dalam memanfaatkan kesamaran dan ketidakpastian tersebut untuk mencipta fenomena baru dalam membuat come backIt got people talking!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s