Hollywood

Kim K Guna Ibu Tumpang Untuk Anak Ketiga

IMG_5341

Anak ketiga pasangan selebriti, Kim Kardashian West (KKW) dan Kanye West selamat dilahirkan pada hari Isnin, 15 January 2018, jam 12.47 pagi – menurut catatan di laman web peribadinya semalam.

“Kanye dan saya merasa gembira untuk mengumumkan ketibaan anak kami,” tulis KKW di dalam blog tersebut.

Anak ketiga kepada personaliti realiti TV popular, Keeping Up With The Kardashian, ini dilahirkan menggunakan kaedah ibu tumpang (keluarga Kardashian merahsiakan identiti ibu tumpang). Ini merupakan kali pertama kaedah ini digunakan disebabkan oleh kesukaran dan komplikasi yang serius ketika kehamilannya sebelum ini. Kedua anak mereka, North dan Saint kini masing-masing berumur empat dan setahun.

IMG_5343

Kylie Jenner, Ibu Tumpang Anak KKW? 

KKW bukanlah satu-satunya ahli keluarga Kardashian-Jenner yang mengandung. Pada bulan lepas, adiknya Khloe Kardashian juga sempat membuat pengumuman secara rasmi melalui akaun instagram miliknya.

Kardashian

Di samping itu juga, meskipun tidak pernah membuat kenyataan rasmi sebelum ini, Kylie Jenner juga dikhabarkan berbadan dua dan bersalin beberapa hari lalu. Menurut akhbar The Sun, perkara ini telah menimbulkan beberapa spekulasi dikalangan peminat tentang kebarangkalian Kylie Jenner sebagai ibu tumpang anak ketiga pasangan popular tersebut.

Kylie dikhabarkan bersalin pada hari Ahad, KKW dan Kanye West pula terima anak pada hari Isnin – satu kebetulan?

Mari kita tunggu kenyataan rasmi bagi pihak Kylie pula.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s