Hollywood

Paris Hilton Sertai Kempen Terbaru Jenama Kanye West Sebagai Klon Kim

Belum reda lagi dengan berita kelahiran anak ketiganya; disusuri dengan pelancaran wangian terbaru dari jenamanya sendiri, KKW Fragrance, bintang realiti TV, Kim Kardashian baru-baru ini mengongsikan gambar perwaris hotel terkenal, Paris Hilton di akaun Instagram peribadinya sekaligus menamatkan khabar angin tentang pergaduhan mereka yang kononnya masih berterusan.

Kim, 37, memuat naik gambar-gambar dari kempen koleksi pakaian terbaru Yeezy Season 6, yang direka oleh suaminya sendiri, Kanye West. Apa yang menarik untuk kempen kali ini, Paris didandan seperti klon Kim Kardashian sewaktu memperagakan pakaian sama Disember lalu!

Beberapa model dan juga Instagram influencers lain juga turut serta bagi tujuan promosi termasuklah model, Jordyn Woods yang juga merupakan rakan baik adiknya, Kylie Jenner.

Sebelum ini, Kim pernah dilihat memakai pakaian dari koleksi sama dan berkongsi beberapa keping gambar ala-ala paparazzi di laman sosialnya. Aksi bersahajanya itu mencetuskan fenomena baru dalam industri fesyen apabila teknik promosi Kanye berjaya mencuri perhatian dan menjadi bualan ramai.

Kini dengan bantuan rakan-rakan Kim, peminat berpeluang melihat imbasan helaian koleksi terbaru Yeezy Season 6 memenuhi laman sosial Instagram. Now that’s marketing genius!

Tidak berakhir di situ, Kim juga sempat menulis di ruangan Twitternya, The OG (original), beserta gambar terbaru Paris yang diambil dari lookbook Yeezy Season 6. Tweet tersebut dibalas oleh rakannya itu dengan hashtag, #twinning, mengimbau kembali saat mereka berkawan rapat suatu ketika dahulu dan menerima reaksi positif daripada peminat.

Melupakan kisah lalu, nampaknya Kim dan Paris kini lebih fokus untuk mencipta kembali lebih banyak pop cultural moments bersama. Just wait and see.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s