Brunei / Indonesia

Jaz Buat Penggambaran MV Di Korea

Sudah jauh perjalanan anak seni kebanggaan negara, Jaz Hayat atau kini lebih dikenali dengan nama Jaz ini. Sejak pertemuan pertama penulis dengan beliau bagi tujuan promosi lagu pertaruhan sulungnya di Indonesia, ‘Dari Mata’, kira-kira dua tahun yang lalu, kerjaya muzik penyanyi kelahiran Brunei ini nampaknya semakin bersinar.

Semalam, pelantun lagu ‘Kasmaran’ ini baru sahaja melancarkan lagu terbarunya berjudul ‘Teman Bahagia’. Lagu yang kini boleh didapati di kesemua platform penstriman atas talian termasuklah iTunes dan Spotify tersebut juga dilancarkan bersama muzik video yang dimuat naik di laman YouTube rasmi, JazVEVO.

Melalui muzik video tersebut, pasti ada yang tertanya di mana agaknya penggambarannya dibuat. Menurut perkongsian Jaz ketika ditemubual bersama kami sebelum ini, penggambaran bagi muzik video berkenaan dilakukan di Korea pada bulan Disember yang lepas!

Single ke tiganya di Indonesia ini merupakan lagu hasil tulisan Choki Cassandra dan Gregorio L. Kwen manakala muziknya pula diterbitkan oleh Ramadhan Handy “Soulvibe” dan Asta Andoko “RAN”. Ari Renaldi (Aru Studio), Stephan Santoso (Slingshot Studio), Ari Renaldi dan Alvin Witarsa juga turut bekerjasama dalam penghasilan muzik bagi lagu ini.

Meskipun nama Jaz kian dikenali dipersada muzik Nusantara, peminat seni muzik tempatan tetap mengenalinya sebagai penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘I Stalk Your Profile’ satu ketika dahulu. Lagu itu jugalah yang telah membuka lembaran baru buatnya apabila ditawarkan menjadi artis di bawah naungan Sony Muzik Indonesia selepas membuat persembahan di Singapura.

Tulisan: Zulhelmi Kamaluddin


Lirik Lagu ‘Teman Bahagia’ – Jaz

Takkan pernah terlintas
Tuk tinggalkan kamu
Jauh dariku
(kasihku)

Karna aku milikmu
Kamu milikku
Separuh nyawaku
Hidup bersamamu

(Verse)
Berdua kita lewati
Meski hujan badai
Tak akan berhenti
(tak kan berhenti)
Sehidup semati
Mentari pun tau
Kucinta padamu

(Chorus)
Percaya
Aku tak kan ke mana-mana
Aku akan selalu ada
Temani hingga hari tua
Percaya
Aku tak kan ke mana-mana
Setia akan ku jaga
Kita teman bahagia

Takkan pernah kulupa
Kamu yang kucinta
Dari ujung kaki
Hingga ujung kepala

Aku ingin kamu
Kamu yang aku mau
Belahan jiwaku
Kamu masa depanku

(Verse)
(Chorus)

Oooo Oooo Oooo
Setia akan ku jaga
Kita teman bahagia

(Chorus)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s