Hollywood

Kylie Jenner Tamat Spekulasi Kehamilan

Setelah beberapa bulan mendiamkan diri, Kylie Jenner akhirnya menamatkan spekulasi mengenai kehamilannya di laman Instagram miliknya semalam. Kylie yang  baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada 1 Februari lepas berkongsi berita gembira itu bersama peminatnya dalam satu post bertulis.

Kylie-Jenner-14

Dalam post tersebut, Kylie menyatakan bahawa dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan mengenai kehamilannya atas faktor mempersiapkan diri untuk menggalas gelaran seorang ibu dalam situasi yang paling positif selain khuatir atas kesihatan bayinya.

“I knew my baby would feel every stress and every emotion so I chose to do it this way for my little life and our happiness,” kata Kylie Jenner yang menjalinkan hubungan dengan seorang rapper, Travis Scott.

Khabar gembira itu turut diraikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekatnya yang rata-rata memberikan kata semangat dan ucapan tahniah buat Kylie. Model dan rakan baiknya, Jordyn Woods turut berkongsi gambar mereka di sebuah baby shower yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri sahabat handai. Selain itu, Khloe Kardashian yang kini juga hamil turut mengucapkan tahniah beserta gambar mereka berdua semasa Kylie belum lagi melahirkan bayinya.

IMG_1742

Kylie Jenner bersama Jordyn Woods.

Beauty mogul dan bintang realiti TV ini juga berkongsi sebuah video yang dibuat khas buat anak perempuannya. Dalam video tersebut Kylie dan rakan-rakannya berkongsi pengalaman saat pertama kali tahu akan kehamilannya sehinggalah melahirkan bayinya pada minggu lepas. Bukan itu sahaja, orang ramai turut berpeluang melihat anak ketiga Kim Kardashian, Chicago, buat pertama kalinya dalam video tersebut.

Chicago-West-Kylie

Kylie bersama Chicago West, anak kepada kakaknya Kim Kardashion West bersama Kanye West.

Walaupun bayinya itu masih belum diberi nama, beberapa andaian nama telah pun dibuat, contohnya Posie iaitu salah satu nama produk keluaran Kylie Cosmetics dan juga singkatan bagi Mariposa yang bermaksud, rama-rama, yang juga merupakan obsesi Kylie. Sama-sama kita nantikan apakah nama yang akan diberi buat puterinya itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s