Brunei

Di Sebalik ‘Cinta Hati’ Putri Norizah

Putri Norizah akhirnya kembali dengan lagu terbaru selepas sekian lama berehat dari bidang nyanyian. Kali terakhir suaranya kedengaran di corong-corong radio dan kaca televisyen adalah menerusi lagu ‘Emas Yang Berkah’ ciptaan Hans Anuar – sebuah lagu yang ditulis bersempena dengan perayaan sambutan jubli emas yang berlangsung pada bulan Oktober tahun lepas. Namun, sebelum itu sudah lebih 5 tahun beliau menyepi.

Photo 2-8-18, 5 16 06 PM.png

Putri Norizah mengenakan jaket baldu rekaan Naem Zamre dan balutan skarf dari Aidijuma.

Akan tetapi, personaliti yang pernah menjadi cover story kami beberapa bulan yang lalu ini, kini kembali mengubat rindu peminat-peminatnya dengan lagu terbaru berjudul ‘Cinta Hati’ pada bulan lepas. Lagu tersebut sudah mula diputarkan di Pelangi FM dan Kristal FM. Di samping itu juga, ia sudah boleh didengarkan dan di muat turun melalui  platform-platform penstriman digital seperti Spotify dan iTunes.

” ‘Cinta Hati’ merupakan sebuah lagu yang saya tulis for my daughter. I want to let her know that she is my source of strength and happiness, my everything,” jelas Putri dalam temubual ringkas bersama kami beberapa hari yang lalu. 

“And I want this song to be a reminder untuk Mikayla, how important & precious she is in my life. This song sebenarnya hadiah hari jadi Mikayla yg ke 3 tahun,”

Photo 1-14-18, 7 22 51 PM

Putri Norizah anggun dalam persalinan Ana Abu.

Putri Norizah sekali lagi menggunakan khidmat komposer terkenal tanahair, Hans Anuar dalam menyusun muzik buat lagu terbarunya ini. Menariknya kali ini, Meerul Hisham turut menyumbangkan tenaga dalam penghasilan muzik tersebut di dalam rakaman yang dibuat di Phuturephase Production.

“Keserasian, atu paling penting. I’ve been working with these guys for years and keserasian atu masih ada macam dulu. I’m glad, superglad,”

Menurutnya lagi, hasrat untuk mengeluarkan lagu ini sudah terbit sejak bulan Ogos yang lalu. Pada mulanya, mereka merancang untuk melancarkan single tersebut bersempena dengan ulang tahun Mikayla, anak sulung Putri Norizah. 

As I mentioned, it was a birthday present for Mikayla. Tapi, everyone was super busy sampai penghujung bulan Ogos – abang Hans sibuk dengan DDA (Dangdut Akademi Asia), Meerul and I pun busy with business. Delayed tia. Jadi, I decided to release the song in January, my birthday month,” jelasnya panjang lebar.

Photo 2-8-18, 5 15 17 PM

Padanan warna-warna kontras – monoton dan jingga dari Bianco Mimosa.

Kami baru sahaja berkesempatan untuk mendengarkan lagu yang berentak ‘Pop Fusion’ ini beberapa hari yang lalu. Apa yang kami sedari, rentak dan genre yang dipertaruhkan kali ini kedengaran agak berbeza dari sebelumnya.

“I think, faktor usia kali ah?” terangnya sambil tergelak ketika ditanyakan mengenai perbezaan tersebut.  “This time around, I just wanna try something different. Something relaxing, something easy listening; sesuai dengan mesej lagu atu.”

Jika tiada aral melintang, khabarnya juga Putri Norizah dan Meerul Esham bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Julai ini. Doa kami di 1001 Bintang agar semua perancangan akan berjalan dengan lancar. Amiin.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s