Brunei

Mengapa Hill Zaini & Melvin?

Masihkah awda ingat muzik video lagu ‘Stay In The Middle’ nyanyian Hill Zaini bersama Samantha Mumba yang pernah menggemparkan negara dengan cameo penyanyi terkenal dunia, Mariah Carey hampir sedekad yang lalu? Ataupun, penampilan Kristen Kreuk, pelakon siri Hollywood popular Smallville di dalam muzik video lagu ‘I Heard’ beliau?

IMG_6278.jpg

Awda pasti tertanya-tanya ke mana perginya penyanyi yang juga turut terkenal dengan lagu ‘Buat Selamanya’ ini. Setelah sekian lama, Hill Zaini kembali dengan karya yang lebih ‘real’, jujur dan bebas gimik. Single terbarunya yang berjudul ‘Mengapa’ berkenaan mula diputarkan secara eksklusif di Pelangi FM pada 28 Januari lepas.

“It was actually cerita 8 years ago, lama sudahlah. I had the body – melodi dan lirik semua siap sudah. Tapi, I was not too inspired to produce it and turn it into a song,” jelas Hill Zaini membuka perbualan kami.

And then one day, I bumped into Melvin masa UTB punya event di Stadium (dua tahun lepas). They invited me to sing and perform. Masa one of the rehearsals, he out of no where just backed me up and did a harmony untuk lagu ‘Buat Selamanya’. Dari sana, I realized he can sing,” tambahnya lagi.

It was also that period of time when I wanted to come up with something fresh jua because I haven’t released anything for quite a long time. I said, lajutah tani work together and batah-batah jadi dua tahun. Procrastination at its best,”

IMG_6494 (2)

Karya Kebanggaan Melvin

Lagu ‘Mengapa’ ini merupakan single kedua Melvin Weii, hanya selepas beberapa bulan lagu pertamanya bersama Kip Hafizuddin dikeluarkan. Ketika ditanyakan mengenai perkara tersebut, beliau berpendapat kedua-dua kolaborasi tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ungkapan rasa bangga dan bersyukur terbit di bibirnya kerana berpeluang bekerjasama dengan kedua-dua artis tersebut.

“Lagu ‘Mengapa’ ani siap lama sudah, sebelum lagu ‘Bidadari Dunia’ bersama Kip. With Kip, he already had he song written. This time with Hill Zaini, it’s a big achievement (for me) because this is the first song that I co-write. I mean, yeah. It’s something to be proud of-lah,” jelas Melvin.

It was only the chorus masa awal-awal. Masa Hill dengarkan lagu atu, aku kelawahan terus. Kan I play piano. I tried to find the chords for the melody dulu. Tapi, when I wanted to work on the verse, macam payah kan blend in with the chorus. I used the same chords to work on new melody for the verse. Sebab atu ia berubah in the end,” jelas Melvin.

IMG_6423

FASA DEPRESI HILL ZAINI

Sebagai penulis lirik, Hill mengakui karyanya kali ini berbeza dengan lagu-lagu yang pernah ditulisnya sebelum ini. Bait-bait lagu ‘Mengapa’ berkait rapat dengan pengalaman peribadinya. Meskipun menyedari perkara tersebut agak klise buat sesetengah pihak, apa yang pasti beliau tidak lagi harus untuk bermain dengan imaginasi seperti sebelumnya kerana semuanya zahir dari hati. Bak kata Hill, semua dari ‘life experiences’.

“At one point, I was demotivated. They say, I am some untalented random person who got picked up by someone important and ended up having some what of a career out of it. That was the result of my depression,” jelasnya.

Lagu ke enamnya sejak tahun 2009 ini ditulis ketika mengalami masalah depresi – satu pengakuan yang amat memeranjatkan kami. Mujur adanya SEEDS Brunei – sebuah badan yang mempromosi perkembangan teater dan seni persembahan di kalangan penuntut sekolah. Keterlibatannya di dalam organisasi tersebut berjaya mengembalikan semula minatnya terhadap seni.

Mungkin lagu ini simbolik bermulanya sebuah lembaran baru buat Hill Zaini, penyanyi yang sudah lama bertapak di arena seni muzik tanahair. Namun buat Melvin pula, pastinya karya terbaru ini bagai sebuah satu batu loncatan dalam kerjayanya sebagai seniman. Tahniah buat keduanya!


Tulisan: Zulhelmi Kamaluddin | Gambar ihsan: Hill Zaini & Melvin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s