Brunei

Sebuah Apresiasi: Panji Hati Juan Madial

Kebolehan penyanyi dan komposer muda, Juan Madial dalam mencipta lagu sudah tidak boleh dinafikan lagi. Semua ini dapat dilihat melalui sambutan yang diterima dari pendengar muzik kitani menerusi lagu ‘Dengarkan Aku’ dan ‘Rasa’, hasil garapannya sendiri sebelum ini.

Juan Madial.jpg

Kami akui, beliau juga antara pencipta lagu yang seringkali memperjuangkan karya-karya yang bersifat kenegaraan. Antara lagu-lagu yang menurut kami sangat ‘underrated’ dan wajar diketengahkan adalah lagu ‘Panji Hati’ dan ‘Bangkit’. Keduanya membawa jiwa yang lebih ‘fresh’ dan agak berlainan dari lagu kenegaraan yang lain, tanpa mengkompromi semangat patriotisme mahupun mesej yang ingin disampaikan.

Bersempena dengan semangat hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 34 hari ini, ayuh kita nikmati dan kenali lebih lanjut lagu-lagu tersebut. Jujur, they deserve more plays!

PANJI HATI

‘Panji Hati’ merupakan sebuah lagu yang menyentuh soal kesetiaan dan harapan kita pada negara. Penggunaan pelbagai metafora dalam nukilan bait-bait liriknya sangat membakar semangat kita untuk sama-sama membangun negara, apapun caranya.

Apa yang membuatkan kami semakin gemar pada lagu yang dikeluarkan pada bulan Oktober lepas ini adalah kerana ia menampilkan Nonoy, Rizal Rasid dan Izyan HusnyPaduan suara mantap dari tiga bakat negara yang juga sangat ‘underrated’ tersebut menjadikan ianya salah sebuah lagu patriotik terbaik negara setakat ini.

BANGKIT

Berbeza dengan lagu sebelumnya, ‘Bangkit’ lebih kepada mesej perpaduan – bersatu suara, teguh dalam menjayakan impian negara. Lagu ini mengingatkan kita agar tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk bangkit semula bersama-sama, meskipun menempuhi kegagalan.

Menariknya, muzik video yang dikeluarkan pada hari kebangsaan negara tahun lepas ini turut menampilkan atlet-atlet sukan negara seperti Fakhri Ismail, pelari pecut negara di Temasya Sukan RIO 2016 dan skuad bola sepak Projek Ikan Pusu.

 


Kami di 1001 Bintang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 34!

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s