Malaysia

Gaya Selebriti di #FattzuraFairytale

Bertemakan fairytale wedding, gaya fesyen perkahwinan pelakon A-lister, Fazura seakan-akan mampu ditebak. Mengenakan dua busana indah rekaan tidak lain dan tidak bukan, Rizman Ruzaini, seri Fazura bagaikan puteri turun dari kayangan sesuai dengan tema perkahwinannya. Buat majlis resepsi yang diadakan Ahad lalu, Fazura memilih gaya selamat tanpa sebarang gimik atau sesuatu yang OTT. Isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini turut mengenakan tiara ringkas melengkapi kedua-dua busananya pada malam itu.

Bagaikan satu perhimpunan fesyen, tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan selebriti juga tidak mahu kalah melaram di hari bahagia raja sehari #Fattzura. Mewarnai dewan resepsi, pelbagai rekaan dan rona menarik digayakan para selebriti yang hadir. Ayuh kita review gaya selebriti pilihan kami di #Fattzurafairytale!


Rules are meant to be broken, Mira Filzah hadir dalam persalinan serba putih rekaan Amaze.

Umie Aida memilih gaun rona hijau terang daripada Ashraff Zainal, manakala Ziana Zain ringkas dalam kurung moden hitam keemasan.

Elfira Loy hadir menggayakan kurung rekaan Rizman Ruzaini.

Turut hadir menyerikan majlis resepsi, Lisa Surihani memilih kurung moden dengan panel brocade rekaan Innai Red.

Membuat persembahan pada malam tersebut, Dayang Nurfaizah memilih busana metalik dan turut disolek rona sama.

Antara selebriti lelaki yang hadir pada malam tersebut, Nazim Othman kelihatan segak dalam tuksedo hitam sesuai dengan acara.

Kavita Sidhu anggun dalam dress kaftan rekaan Bernard Chandran.

Pasangan selebriti, Anzalna Nasir memilih busana merah jambu daripada Cosry.

Wajah kempen Rizalman for Zalora 2018, Izara Aishah menggayakan salah satu helain dari koleksi sama.

SazzyFalak dan pasangan tampil berani dengan memilih tema colour blocking namun tampak harmoni.

Mengekalkan gaya tradisonal, Fasha Sandha menyarung kebaya ringkas rekaan Syus Couture.

Tidak mahu kalah berfesyen, Rozita Che Wan yang hadir bersama anak terunanya memilih gaun keemasan rekaan Syafieq Ayman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s