1001 Personaliti / Brunei

Kembara Nasrul Nassar

02Di bawakan khas oleh LELAQEE.

JUJUR kami katakan bahawa edisi kali ini benar-benar menguji tahap kesabaran mental dan fizikal kami.

Selain harus berhadapan dengan masalah penjadualan; rombakan demi rombakan yang dibuat pada cadangan mood board untuk sesi fotografi kali ini, menambahkan lagi kekusutan yang melanda jiwa sanubari kami. Masa seolah-olah mencemburui, detik waktu terus berlalu begitu pantas.

Lebih mengecewakan, kami sebenarnya telah merancang untuk mengeluarkan isu ini pada bulan Februari yang lalu bersempena dengan ulang tahun 1001 Bintang yang ketiga dan hari kebangsaan negara. Malangnya, perkara tersebut juga harus tergendala meskipun persiapan awal sudahpun dijalankan, kerana perubahan bintang tamu di saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mujur, personaliti jemputan kami kali ini benar-benar memberikan kerjasama padu di sebalik kesibukan beliau.

Si Photographer Viral

Bukan mudah untuk menyusun tarikh yang sesuai untuk sesi photo shoot dan temubual. Apatah lagi bersama personaliti yang namanya semakin hangat diperkatakan seperti Nasrul Nassar – anak muda kelahiran Brunei yang pernah tular di media sosial satu ketika dahulu ketika bertugas sebagai jurugambar sebuah majlis perkahwinan di negara jiran.

Oleh kerana beliau kini berpengkalan di Semenanjung Malaysia, zahirnya keperluan agar kami lebih fleksibel dalam mengatur penjadualan.

03

Pertemuan kami di sebuah kafe terkemuka di Bandar Seri Begawan sebelum beliau berangkat ke Rome, Itali atas tujuan pekerjaan awal tahun ini bagaikan peluang keemasan untuk saya bertanyakan soalan cepumas kepada beliau secara langsung.

“Bayangkan kalau kamu kena bagi usin 10 ribu tarus-tarus, cematulah rasanya!” jelasnya sambil tergelak, membuka perbicaraan kami ketika ditanyakan mengenai perasaannya apabila mendapati pengikut akaun instagramnya bertambah secara mendadak beberapa tahun lalu.

”Rasa macam inda percaya. Rasa macam mimpi.”

Perubahan tersebut tentu sahaja telah banyak membawa kebaikan ke dalam hidup remaja berusia 19 tahun ini.

Berkelana

Indung mana yang tidak sayangkan anak? Nasrul mengakui adanya sedikit tentangan dari ibubapanya ketika  mengungkapkan hasrat untuk berhijrah ke Malaysia.

“Awal-awal, my parents macam inda menyuruh. Tapi, lama-lama durang paham and doa-doa dari duranglah yang paling penting. Walaupun jauh bekeraja, tapi Brunei is still in me,” jelasnya.

“Saya mau berdikari, inda lagi mau menyusahkan indung. Umur makin meningkat. Responsibility seorang anak arah keluarga untuk mencari rezeki. Rasa rindu atu ada tapi terpaksalah sacrifice my time.”

01

Pasti ramai yang kurang mengetahui, beliaulah individu di sebalik tabir video vlog usahanita berjaya, Neelofa. Bermula pada bulan Ogos tahun lepas, jadual mereka sentiasa diselaraskan bersama.

Beliau turut ke Shanghai untuk pertunjukan fesyen Victoria’s Secret, ke Dubai untuk percutian Neelofa bersama keluarga dan terkini, ke Rome, Itali untuk penggambaran telesiri ‘Ti Amo Sweetheart 100 Hari’.

“Andang, cita-cita kan travel around the world – to Iceland, Greece, New York, Mekah, Maldives, Germany.. So, basically memang suka travel dari damit sudah. Dulu-dulu, dapat belayar ke Sabah pun excited!” terangnya panjang lebar.

Sentiasa Bereksperimentasi

Sesi penggambaran kami diadakan pada 11 Mac lepas di Shah Alam. Hadir ke lokasi lebih awal daripada waktu yang dijanjikan, beliau memudahkan lagi kerja kami.

Menyarungkan ‘look’ pertama dari koleksi Tuatu dan Gerpi pinjaman LELAQEE.com, beliau tampak agak gementar. Ditambah pula dengan cahaya suria pagi yang mula terbit dan memancar ke wajahnya, matanya jelas cuba untuk menyelindungi perasaan tersebut.

Sempat juga saya tanyakan pengalaman pertamanya berlakon di dalam set drama ‘Hikayat Cinta Si Pematah Hati’ bersama Alif Satar dan Nabila Razali.

Well, pengalaman masa awal-awal belakon… Sebelum masuk set, excited pasal first time, but sudah kan shoot, nervous-lah! Sampai lupa skrip. Tapi semua pelakon and director were really supportive and helpful. Bekeraja sama Alif Satar atu was a really good experience,”

“Kadang-kadang masa berlakon, terkeluar jua cakap Brunei atu,” ujarnya sambil ketawa.

Jika di Brunei, beliau juga pernah terlibat di dalam filem pendek popular hasil terbitan Nostrils Production, ‘The Oldbook’. 

Nyata baru berjinak-jinak di dalam dunia lakonan, Nasrul mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya. Beliau masih memerlukan tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman. Kelas lakonan yang diambilnya sebelum ini benar-benar membantu untuk mengasah bakat lakonannya.

My friends inda percaya. Ada yang hantar-hantar gambar arah Whatsapp selepas meliat dalam TV.”

Khabarnya, beliau akan tampil sekali lagi di kaca televisyen dalam drama terbaru bersama Keith Foo dan Emma Maembong tidak lama lagi – kali ini bereksperimentasi pula dengan watak antagonis.

06.jpg

Ingin Berkembang

Dalam mengatur perancangan untuk mengasah lagi mutu lakonan dan penggambaran video, beliau sudah menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran di dalam jurusan perfileman.

Keinginan untuk menjadi pengarah filem suatu hari nanti tetap mekar. Kental azamnya sejak dulu lagi untuk bisa menghasilkan filem-filem yang menceritakan tentang kehidupan.

Berlakon mengajarnya menjiwai watak, membuat video mendidiknya teknik suntingan. Setiap ilmu yang ditimba ketika berada di hadapan kamera sebagai pelakon, menurutnya, bagaikan langkah-langkah kecil dalam merealisasikan impian berkenaan.

“To enhance my skills on filming and acting, (I have decided to) study. InsyaAllah, di Jogja Film Academy, Indonesia, maybe next year. Selagi mampu and masih ada peluang kan belajar, why not?”

04

“A film tells you how life works and how life is so meaningful. Different life stories can be told through a film.”

Films macam ‘Legend of the Fall’ lakonan Brad Pitt, ‘Pursuit of Happiness’ lakonan Will Smith, ‘Critical Eleven’ lakonan Reza Rahadian, ‘Theory of Everything’ and banyak lagi. These films inspire me a lot!” tambahnya lagi.

“Sejauh mana cita-cita kitani, no matter where we live or what position you are now, nothing is impossible. Tapi, jangan jua menolak nasihat sebab atu yang tani perlukan. Pengalaman-pengalaman durang lagi banyak dari kitani. So, basically gather as much experience as you can get at a young age pasal (I believe) we’ll need it nanti.

Menyentuh soal kerjayanya pula, beliau belum lagi memberikan kata putus sama ada ingin menyambungnya setelah habis belajar kelak ataupun bekerja sambil belajar. Apapun keputusan beliau nanti, akan kami nantikan perkembangannya.



isu04 final

Ketua Pengarang: Zulhelmi Kamlauddin
Pengarah Seni: Fikri Afif Daud
Jurugambar: Pitt Ab Rhm
Grooming & Penata Rias: Fumee Lee
Ketua Kru Lokasi: Asheey Ali
Kru Lokasi: Faidh Fakhurullah Issrah

Penaja Pakaian: LELAQEE.com


Hak Cipta Terpelihara – 1001 Entertainment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s