Brunei

Kip Hafizuddin Jual Lagu Guna E-Mel?

Bak kata pepatah Melayu, ‘Kalau nak, seribu daya. Kalau tak nak, seribu dalih’ – itulah ungkapan yang sesuai buat pendatang baru arena seni tarik suara tempatan, Kip Hafizuddin.

Setelah kemunculan sulungnya pada bulan November tahun lepas menerusi lagu ‘Bidadari Dunia’, beliau sudah boleh berbangga dengan prestasi pertaruhan pertamanya itu. Lagu yang turut menampilkan Melvin Weii tersebut, kini mengungguli carta di Kristal FM dan sudah berada di dalam Carta Hits Pelangi 25 (Pelangi FM) selama 16 minggu.

“Alhamdulillah, sambutannya agak meriah. Kip dapat jumpa penyokong-penyokong Kip serta rakan media yang lain. Insya Allah kalau ada rezeki, Kip akan buat lagi pada tahun-tahun akan datang,” jelasnya ketika ditemubual di sesi ‘Meet & Greet’ bersama beliau beberapa hari lepas.

Sesi ‘Meet & Greet’ yang di adakan di Coffee Field, Batu Bersurat tersebut, jelasnya bertujuan untuk memberi penghargaan buat para penyokong serta rakan media yang sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya selama ini.

Jual Lagu Dengan E-mel, iTunes & Banyak Lagi!

Seperti penyanyi-penyanyi yang lain, lagu ‘Bidadari Dunia’ ini juga boleh didapati melalui platform-platform muzik atas talian seperti iTunes, Spotify dan Joox. Namun begitu, tahukah awda bahawa lagu tersebut juga boleh dibeli secara langsung dari beliau melalui e-mel?

“Sejujurnya, orang lebih banyak beli melalui e-mel daripada iTunes. I want to engage directly with my supporters, since Kip boleh dikatakan sebagai pendatang baru dalam bidang nyanyian ani.”

It’s still quite manageable to actually interact with my supporters masa ani. Advantage membeli lagu direct dari emel – mereka dapat menerima apa saja perkembangan terbaru Kip melalui e-mel and sekiranya ada lagu baru yang akan keluar, Kip akan inform dorang dulu melalui e-mel,” terangnya lagi.

Meskipun berlainan cara, taktik pemasaran beliau terbukti berhasil. Beliau juga ingin menggalakkan orang-orang tempatan untuk menyokong karya-karya artis Brunei dengan cara yang betul dengan membeli lagu-lagu mereka dan tidak mendapatkannya melalui cara yang boleh merugikan artis tersebut sendiri.

“Kip mahu encourage orang Brunei untuk support local with the right way – iaitu dengan membeli karya-karya artis tempatan supaya karya-karya mereka lebih dihargai.”

Selain itu, di akhir temubual kami, Kip Hafizuddin juga sempat mengungkapkan rasa terima kasih kepada Artz Production atas tajaan muzik video rasmi bagi lagu berkenaan.  Sudah tidak sabar untuk menyaksikannya? Ayuh, kita tonton bersama-sama pada bulan Mei ini!

** Lagu ini boleh didapati di semua platform muzik atas talian. Untuk membeli melalui e-mel: kip.hafizuddin@gmail.com . Untuk mengikuti perkembangan Kip Hafizuddin, follow instagran beliau di: @kip_hafizuddin Gambar ihsan: Artz Production

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s