Fesyen

Raya 2018’s Biggest Trends Yang Awda Patut Cuba Tahun Ini

Tidak seperti di “Big Four” fashion capitals yang menyaksikan aliran fesyen berubah mengikut musim, agenda fesyen di Malaysia dan Brunei punyai sedikit perbezaan. Koleksi raya adalah sesuatu yang dinantikan saban tahun dan paling meriah buat pereka-pereka dan penggiat fesyen tempatan.

Menampilkan Izara Aishah sebagai muse untuk koleksi ala Bollywood Rizalman for Zalora, mainan prints geometrik Radzuan Radziwill serta kelahiran semula kebaya klasik di Syomirizwa Gupta, ayuh kita saksikan trend paling dominan musim Raya 2018 yang patut anda cuba pada lebaran kali ini:-

Flower Power

Dari kota Paris hingga ke pentas fesyen New York, kuasa motif flora sememangnya tidak dapat disangkal. Koleksi debut IDASU bermain dengan corak flora dalam potongan silhouette ringkas, sesuai untuk wanita moden yang mementingkan versatiliti.

Idasu.JPG

From chiffon to embroidered tulle, Alia Bastamam bereksperimentasi dengan motif bunga dalam material berbeza.

Alia Bastamam

Sesuai dengan temanya tahun ini, koleksi raya Minaz sarat dengan cetakan flora rona pastel serta perincian bunga 3D.

Minaz

Oriental Dreams

Mindset tentang keterbatasan rekaan kurung dan kebaya membuatkan sesetengah pereka mencabar kemampuan untuk menghasilkan rekaan berilhamkan negara matahari terbit. Mengambil inspirasi dari pakaian Kimono, Jovian Mandagie tampil dengan potongan lebih moden seusai untuk hari lebaran.

Jovian Mandagie

Manakala, di Lynda Rahim KL, koleksi yang diilhamkan dari tanah Jepun diberi rasa lebih feminine dengan mainan rona lembut dan perincian manik.

Lynda Rahim

Donkhair Exclusive mengolah kurung moden dengan sentuhan kolar Cheongsam lengkap bersama sleeve dramatik rona hijau zamrud.

Donkhair

The Rebirth of a Classic Kebaya

2018 is the year of classic kebaya! Syomirizwa Gupta x Zalora mengimbau nostalgia dengan rekaan kebaya pendek dan labuh yang dipadankan bersama kain motif batik.

Syomirizwa Gupta

Percubaan berani Khoon Hooi untuk koleksi bespoke nampaknya behasil dengan gandingan bold kebaya klasik dan sarung berjalur rona jingga.

Khoon Hooi

Berteraskan idea minimalis dan timeless design, Fitri Zainal memadankan kebaya polos berenda bersama plaid overlap skirt.

Fitri Zainal

XL (Extra Long) Kurung

Yes, the longer the better… Menjadi antara pereka yang hangat diperkatakan tahun lalu, Rizalman kembali menggunakan rekaan kurung labuh bawah lutut untuk koleksinya bersama Zalora tahun ini.

Rizalman

Syamil Fazwan menambah efek dramatik dengan campuran draping, lace dan pleated dalam rona serba hitam.

Syamil Fazwan

Manakala di Kree, penggunaan material lace dihiasi perincian manik dan gandingan
skirt berlisu untuk koleksi bespoke-nya.

Kree

Off-shoulder Effect

Who says off-shoulder tidak sesuai digayakan di pagi raya? Menjadi antara silhouette kegemaran Fizi Woo, baju rona biru lembut ini turut diberi potongan peplum for extra drama.

Fizi Woo

Tampak sopan, Leeyanarahman bijak memadankan fabrik bercorak dan polos di bahagian bahu.

Leeyanarahman

Rico Rinaldi bermain dengan teknik draping untuk medapatkan kesan off-shoulder dihiasi dengan perincian bunga 3D.

Rico Rinaldi


Oleh: Fikri Afif Daud

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s