TOP 10

10 Iklan Raya 2018 Yang Patut Awda Tonton!

It’s that time of the year again! Bagaikan sudah menjadi kelaziman saban tahun, sebelum tirai Ramadan ditutup iklan-iklan raya dengan tema yang berpelbagai akan membanjiri laman maya.

Ada yang padat dengan mainan emosi, ada pula yang lucu sehingga kita tidak kering gusi. Syarikat-syarikat gergasi seolah-olah bersaing sesama sendiri untuk menghasilkan iklan raya yang bisa menarik perhatian masyarakat. Kata orang, “Kalau viral, lagi baik!”

Bagi kami, di samping elemen ‘Mak Cik Bawang’, konsep komedi adalah yang paling ‘trending’ dan banyak diterima pakai tahun ini

Siapa pula yang mengungguli senarai iklan raya terbaik kali ini? Berikut adalah senarai 10 iklan raya 2018 pilihan kami:-

1. Tenaga Nasional Berhad (TNB) – Rumah Epik Fantastik


TNB did it again! Setelah mencipta penanda aras baru dengan iklan ‘Dugaan Raya Aida’ pada tahun lepas, tidak dinafikan lagi, takhta ‘King of Raya TVC’ kekal milik TNB tahun ini.

2. Watsons Malaysia – Misi Ikhlas Aidilfitri


Meskipun terpaksa berhadapan dengan kontroversi pada iklan raya mereka tahun lepas, Watsons Malaysia kembali menyengat dengan menyerapkan elemen fiksyen, komedi dan satira.

3. DBKL – Janji Amin


Amaran: Sediakan tisu sebelum menyaksikan iklan ini. Walaupun genre sedih atau drama tidak begitu ‘trending’ tahun ini, iklan raya daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menampilkan Khatijah Tan dan Syafie Naswip ini pasti membuatkan awda menangis.

4. Lazada Malaysia – Buah Hati Raya


One word: SWEET! Itu saja yang boleh kami ungkapkan setelah menyaksikan TVC ini. Pasangan warga emas ini bukan sahaja comel bahkan classy.

5. Telekung Siti Khadijah – Filem Raya Pendek 2018


Jarang kita dapat menyaksikan pelakon berbangsa Cina menjadi teraju utama iklan Aidilfitri, apatah lagi untuk produk telekung. Sangat out of the box!

6. Astro Gempak – Gaya Raya Paling Ori


Haaaa.. yang ani memang lucu! Bagi awda yang gemar bergaya di Hari Raya dan ingin tampil ‘ori’, jangan tersinggung pula ya hehe

7. KFC – Dendam Adam


Jalan penceritaan iklan raya KFC ini berjaya memukau kami. Kemaafan dan keikhlasan merupakan inti utama yang dibawakan oleh KFC tahun ini.

8. Celcom – Kasih 5 Sekawan


Celcom benar-benar memanfaatkan jenama ‘5 Sekawan’ yang mula diperkenalkan di dalam filem pendek bersempena perayaan Hari Malaysia sebelum ini. Filem pendek berantai ‘5 Sekawan’ ini juga pernah diterbitkan bersempena perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai & Kaamatan. Brilliant marketing!

9.  Samsung Malaysia – Raya Last Minit


It’s time to show off what you can do with Samsung products! Iklan raya ini bukan sahaja kelakar, bahkan dalam masa yang sama berjaya menunjukkan pelbagai produk Samsung yang ada dipasaran. After all, that’s the whole point. 

10. Malaysia Airlines – Ops Lip Lap Raya


Selain menampilkan watak pramugari dan landasan kapal terbang mini di dalam filem pendek ini, iklan tersebut juga mengangkat slogan Malaysia Airlines, ‘Malaysian Hospitality’ sebagai tema utama. p/s: Love that mini runway!

Ada yang tertinggal? Meskipun nama Petronas sangat sinonim dengan filem-filem pendek bersempena perayaan dan menjadi antara yang paling dinantikan penonton setiap tahun, nampaknya tahun ini nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka. Goodbye Petronas, hail to the new reigning king of Raya TVC!

SPECIAL MENTION: Graph Studio – Biru


Dengan berbekalkan jalan cerita yang sangat interesting, tidak cliche dan ending yang tidak dijangka, this TVC deserves more views! Sayangnya ia bukanlah iklan raya mana-mana syarikat gergasi seperti di atas. Kalau tidak, pasti tular.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s