Brunei

Hari Minggu Yang Ke 4, Jom Liat Sekampung!

FILEM Hari Minggu Yang Ke 4 (HMYK4), sebuah filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada hari Khamis ini. Filem ini merupakan filem kedua terbitan Origin Artistic selepas meraih kejayaan melalui filem Yasmine diterbitkan pada tahun 2014.

Bereksperimentasi dengan genre yang berbeza, Origin Artistic kini tampil segar dengan filem yang bertemakan komedi kekeluargaan. Siti Kamaluddin selaku pengarah filem berkenaan sempat mengongsikan bahawa persiapan bagi filem ini memakan masa kira-kira 3 bulan.

Photo 13-06-2018, 6 43 55 AM

Siti Kamaluddin bersama barisan pelakon dan kru filem Hari Minggu Yang Ke 4 selepas majlis pratonton filem berkenaan di Empire Times Cineplex semalam. | Sumber foto: Instagram Liyana Yus

Pelawak terkenal tanahair, Kai Anwar atau lebih dikenali sebagai Babu Sinur, diangkat menjadi teraju utama di dalam filem ini. Di dalam temubual eksklusif bersama dengan 1001 Bintang, beliau nyata teruja dengan ekspektasi penonton kerana watak ‘Amin Saleh’ yang dibawanya ini memang berbeza dengan karakter ‘Babu Sinur’. Meskipun begitu, Kai mengakui bahawa beliau ingin lebih versatil dalam berkarya dan ini merupakan salah sebuah langkah kecil dalam mengecapi impian tersebut.

“(This is) a very important film for me because it’s my first feature film. So, working with Siti is amazing. And experience atu, I would have to say was a bitter-sweet moment. But alhamdulillah, I really wish the audience buleh appreciate apa yang kami cuba sampaikan kepada filem ani,” jelas Kai Anwar kepada media selepas sesi pratonton bersama media tempatan pagi semalam.

Photo 13-06-2018, 6 44 38 AM

Gala Premiere filem Hari Minggu Yang Ke 4 berlangsung semalam di Empire Times Cineplex. | Gambar oleh: Aziz Idris / Borneo Bulletin

Di samping itu, penonton juga berpeluang menyaksikan beliau bergandingan dengan Liyana Yus – pelakon yang pernah popular menerusi filem Yasmine. Liyana Yus memegang watak ‘Meena’, seorang anak, isteri dan ibu yang sabar dan mengimpikan kebersamaan keluarga.

Antara barisan pelakon hebat lain yang turut menjayakan filem ini termasuklah pelakon veteran negara, Shafiee Mostar sebagai ‘Bakar’, pendatang baru Ian Zulkifli sebagai ‘Adam’ serta dua pelakon cilik, Baazla Asmalee dan Salsabela Asmalee (pemegang watak Sophie dan Lisa, anak kepada Meena).

Berucap kepada media, Liyana Yus turut menyatakan penghargaannya kepada pihak Origin Artistic kerana memberikan beliau kepercayaan untuk memegang watak ibu kepada watak Sophie dan Lisa.

“It’s good to play a different role. Liyana inda pernah terfikir (untuk memegang watak sebagai) seorang ibu. It’s great! I always love to try new things. It was a struggle-lah jadi mama, (Liyana) selalunya biasa jadi kaka,” ujar Liyana tergelak.

Photo 13-06-2018, 7 23 14 AM.jpg

Pengarah dan barisan pelakon utama filem Hari Minggu Yang Ke 4. Dari kiri: Ian Zulkifli, Shafiee Mostar, Kai Anwar, Siti Kamaluddin, Liyana Yus dan Terry Wong. | Sumber foto: Instagram Siti Kamaluddin

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai filem berkenaan? Nantikan temubual eksklusif kami bersama Kai Anwar dan Liyana Yus. Kai Anwar merupakan personaliti sulung yang akan kami tampilkan di dalam ruangan terbaru 1001 SPOTLIGHT yang bakal menemui awda pada bulan Syawal ini nanti, manakala Liyana Yus pula merupakan cover story 1001 PERSONALITI kami bagi edisi yang ke 5, juga bersempena lebaran yang akan datang.

Filem Hari Minggu Yang ke 4 ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari Khamis ini, 14 Jun 2014. #liatsekampung

Photo 13-06-2018, 7 13 41 AM.jpg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s