1001 Personaliti / Brunei

The Festive Issue: Liyana Yus

02

The Festive Issue

SUDAH lama impian untuk menampilkan edisi lebaran ini saya simpan.

Sejak awal lagi, matlamat utama saya buat keluaran Aidilfitri ini adalah untuk memberikan interpretasi baru di dalam bentuk fashion editorial terhadap istilah ‘padian’ – gelaran wanita Kampong Ayer yang berjaja di atas sungai dengan menggunakan sampan suatu ketika dahulu.

Berbulan lamanya, saya bersama tim 1001 memerah otak, membayangkan semula kehidupan seorang padian menyambut Hari Raya di era yang serba moden ini – andai kata budaya tersebut tidak pupus. Kepelbagaian kaum dan latar belakang mungkin salah satu elemen pembezaan tunjang yang zahir di kalangan padian masa kini.

Di keluaran kali ini, kami tidak hanya berbangga dek kesudian aktris popular negara, Liyana Yus untuk menjadi muse, sekaligus menjadi cover story 1001 Personaliti kali ini, bahkan saya juga berbesar hati kerana hasrat untuk bekerjasama dengan jenama-jenama fesyen tempatan seperti XOIA dan Melur tertunai jua buat julung kalinya di dalam isu ke 5 ini.

Selain itu, beberapa helai dress labuh dan baju kurung rekaan Bianco Mimosa, Syamil Fazwan dan Donkhair Exclusive turut kami datangkan khas dari Kuala Lumpur sehari sebelum sesi photoshoot itu berlangsung.

Selain perancangan rapi dari segi arahan seni, kami bekerjasama buat kali pertama dengan Franz Lanzaderas, jurugambar baru asal Filipina yang berpangkalan di Brunei, demi memberikan kelainan pada mood setiap foto yang dihasilkan.

Sungguh, saya terharu dan sanjungi kesudian mereka untuk sama-sama memberikan kontribusi.

05

Sesi Photoshoot Yang Ambitious!

Hari itu, cahaya suria terbit lebih awal dari kebiasaannya. Biarpun jarum jam belum menandakan detik 6 pagi, namun sinar matahari sudah menerangi pagi hari Ahad, tanggal 20 Mei itu.

Rasa resah dan gelisah mula menyelubungi diri, khuatir jika cuaca yang semakin panas itu bakal menjejaskan kualiti kerja kami di hari berkenaan. Apatah lagi, di dalam keadaan kami yang sedang berpuasa.

‘Ambitious!’ – ungkapan itulah yang sentiasa bermain di minda kami sepanjang sesi photoshoot berlangsung. Tidak hanya harus berjalan kaki mengharungi panas terik, ada kalanya kami terpaksa menaiki perahu tambang menuju ke lokasi semata-mata untuk mendapatkan hasil shot yang kami kehendaki sebelum kembali semula ke pangkalan untuk sesi touch-up.

Penat nian sukar diselindungi, dahaga itu sudah pasti. Harus diingat, semua ini dibuat di bulan Ramadan. Empat lokasi berlainan, empat look berbeza – berkerut dahi kami memikirkan cara untuk merealisasikannya.

The Yasmine Girl

Liyana Yus hadir ke lokasi ditemani ibunya. Peluang untuk menampilkan beliau di ruangan ini saya gunakan untuk mengupas perkembangan terkini beliau semenjak kali pertama wajahnya muncul di layar perak pada tahun 2014.

Selain menjadi duta antarabangsa pertama bagi jenama franchise makanan segera terbesar di Filipina, Jollibee, watak sulung yang dipegangnya sebelum ini tetap segar di ingatan para peminatnya.

Liyana atau juga dikenali sebagai Lynn oleh keluarga dan sahabat terdekat, seakan-akan sudah terbiasa dengan gelaran ‘Yasmine’ di kalangan peminatnya. Bahkan, jauh sekali dari merasa jemu dengan panggilan nama karakter yang berjaya mengangkat namanya di persada lakonan tempatan itu.

04

Di musim lebaran ini, sekali lagi beliau muncul dengan sebuah filem terbitan Origin Artistic berjudul ‘Hari Minggu Yang Ke 4’ (HMYK4). Mahupun berskala lebih kecil, filem ini turut menampilkan pelawak terkenal Kai Anwar atau ‘Babu Sinur’ sebagai teraju utama dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 14 Jun ini.

Memegang watak yang berlainan dari sebelumnya, Liyana mengakui tanggungjawab tersebut hadir dengan cabarannya yang tersendiri.

“Bagi Liyana, cabaran Liyana sewaktu penggambaran HMYK4 is dealing with the kids,” ujar Liyana, menjawab soalan saya.

“Di dalam movie ani, Liyana memegang watak sebagai Meena, (wanita) berumur around 30s, married and ada dua orang anak – perumuran 4 ke 6 tahun. So, treating them as if they were my own kids is actually quite tough sebab Liyana ada adik yang sama umur macam durang. Liyana biasa treat anak-anak perumuran cematu as adik-adik,” jelasnya lagi berkenaan filem terbarunya itu.

“Bekerja dengan Kai Anwar dan cast yang lain membuatkan Liyana merasa bersyukur dan beruntung kerana mereka banyak mengajar dan menolong Liyana di dalam segala aspek.”

Sembang Raya

Rasanya edisi lebaran ini tidak sah jika saya tidak tanyakan hal-hal yang berkaitan dengan Hari Raya. Dari persiapan lebaran, kemudian kenangan sewaktu kecil sehinggalah ke tradisi keluarga saat menjelangnya bulan mulia ini, semuanya kami tanyakan.

Menjawap soalan-soalan tersebut, tergelak juga pelakon yang baru memasuki usia 25 tahun pada bulan Mei lepas ini saat mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil ketika beraya bersama sepupu-sepupunya.

“Dulu masa kanak-kanak, setiap kali hari raya, Liyana selalu tidur di rumah cousin. Setiap pagi sampai tengahari, Liyana sama cousins Liyana akan berjalan kaki merayau ke rumah-rumah untuk beraya. Niat kan dapatkan angpau saja. Biasa lah dulu-dulu, suka mengumpul angpau!” ceritanya dengan nada ceria.

“Tapi, first day of Raya atu selalu nya Liyana sama family balik kampung ke rumah nini, jumpa nini. Semua first cousins, ramai-ramai berkumpul di sana.”

06

Soal Jodoh

Di Aidilfitri ini, bagaikan sudah menjadi kelaziman bagi ahli keluarga yang jarang bersua muka, berkumpul dan mula mengajukan soalan-soalan cepumas termasuklah yang menyentuh soal jodoh.

“Alhamdulillah, jaranglah jua urang betanya. Mungkin Liyana ani masih nampak muda!” selorohnya meringankan suasana. Meskipun ianya belum kerap berlaku, Liyana juga tidak terkecuali untuk diajukan soalan serupa.

Namun, jika ditanyakan mengenai ciri-ciri jejaka idaman yang dicari pula, lelaki yang jujur dan benar-benar ikhlas menerima dirinya seadanya tetap menjadi keutamaan.

Kerjaya & Harapan

Isu yang dibahaskan di dalam temubual kami sentiasa berbolak balik antara isu serius dan isu yang lebih santai, dari masalah kerjaya kemudian diselit pula soal jodoh, dari kenangan lebaran ke hal-hal yang bersangkutan dengan arena perfileman tempatan.

Bagi Liyana, local film industry masih kecil; masih dan sentiasa memerlukan support (dari) orang ramai, especially orang tempatan kitani. I believe that Brunei has a potential to make good films,” katanya menghulurkan pendapat di penghujung sesi temubual kami.

A little advice for you out there, especially for the creative people. If you want to do something or make something, whether its big or small, it has to come from your heart. Sesuatu yang ikhlas, yang datang dari hati.”



Cover 1 - Without Dash

Ketua Editor: Zulhelmi Kamaluddin
Pengarah Seni:
Fikri Afif Daud
Jurugambar:
Franz Lanzaderas
Tata Rias Wajah & Rambut: Dragons and Pixie Dust
Juru Video:
Naqib Zulfikri
Pengurus Lokasi:
Asheey Ali
Pembantu Lokasi & Wardrobe:
Waji Sablee & Farah Metalie

Penaja Pakaian & Aksesori:
Bianco Mimosa
Donkhair Exclusive
Kravtsov
Melur
XOIA


Hak Cipta Terpelihara – 1001 Entertainment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s