Brunei

Kai Anwar: Dari Media Sosial Ke Layar Perak

KAI.4-1

Teks: Zulhelmi Kamaluddin | Arahan Seni & Penggayaan: Fikri Afif Daud | Jurugambar: Franz Lanzaderas | Grooming: Asheey Ali

FENOMENA Babu Sinur memang tidak boleh disangkal lagi. Nama tersebut seolah-olah sudah menjadi sebuah ‘household name’ di negara ini. Ledakan populariti karakter Babu Sinur bersama anaknya, Marwan yang tular di media sosial beberapa tahun lalu, benar-benar mencuit hati dan berhasil mencuri perhatian masyarakat tempatan.

Namun, tidak ramai yang mengenali insan di sebalik nama tersebut. Ruangan sulung 1001 Spotlight ini kami gunakan sebaik mungkin untuk mengupas bisik hati jejaka bernama Kai Anwar, seniman di sebalik watak komedi kegemaran ramai tersebut.

Detik Permulaan

Benar kata orang, ‘Best things happen when you least expect it’. Ternyata,  video vines popular dari social media influencers seperti Faiz Dickie, Luqman Abu Bakar dan Ucop banyak mempengaruhi ilham di sebalik watak-watak tersebut.

Biarpun begitu, Kai Anwar bersama adiknya, Hazwan (pemegang watak Marwan), bijak mengatur strategi agar karakter dan content yang disampaikan lebih relatable dan dekat di hati penonton tempatan.

“Saya tinggal di Kampong Ayer. I wanted something yang boleh portray the comedic life of Bruneians, especially yang tinggal di Kampong Ayer. I said to my adik, ‘Bah, buat video tani eh! Aku jadi ‘mama’ or indung and kau jadi anak’,” jelasnya menjawab soalan pertama kami.

“Babu Sinur ani gelaran our mom di kampung! Jadi, karakter atu inspired by her tapi kami exaggerate-lah and the journey starts (from there). Alhamdulillah.tambahnya lagi sambil tertawa.

KAI.5-1

Dilema Kai Anwar

Menentukan jurang pemisah antara fantasi dan realiti bukan lagi satu pilihan mudah buatnya. Beliau sering berhadapan dengan dilema sama ada harus menjadi diri sendiri atau terpaksa akur mengikut rentak orang di sekeliling, mengawal tingkah laku dan sentiasa berada di dalam watak Babu Sinur, demi memuaskan hati masyarakat.

I think aspek yang banyak dipengaruhi adalah privacy and space. Kadang-kadang nada privacy kalau jalan keluar atau makan di luar. At the same time, pressure jua since people liat you as a public figure. Inda dapat sambarana bercakap atau behave,” katanya.

Di dalam temubual kami, sempat juga beliau mengakui bahawa sudah timbul rasa ‘ngalih’ ataupun serik menjadi Babu Sinur. Meskipun begitu, kesempatan untuk bisa membuatkan orang tersenyum dan terhibur tetap menjadi pembakar semangatnya untuk terus menghasilkan video-video tersebut.

It’s been a roller coaster ride. Dari kritikan-kritikan yang demotivate you, dari terus membuat karya, ke sambutan-sambutan dan penghargaan dari orang ramai yang menggalakkan. Sokongan dari my beloved supporters yang buat youkeep going and terus berkarya. This journey banyak mengajar saya untuk menghargai kreativiti orang kitani and respect people yang bekeraja di belakang tabir macam videographer, wardrobe, producer dan ramai lagi,”

“Ngalih jua sebab karakter Babu Sinur ani very demanding. I have to pakai costume. Attitude sama personaliti mesti di switch off and turn to a completely different personality.

“Ekspektasi audience jua kadang-kadang mempengaruhi sebab saya mau berikan yang terbaik, and atu ngalih sebab mesti ada idea yang fresh and banar-banar convincing arah durang. Tapi, so far, alhamdulillah. It’s been a great journey.” ujarnya.

KAI.2-1

Dari Medial Sosial ke Layar Perak

Perlahan-lahan, impiannya untuk bebas dari penjara identiti rekaan tersebut semakin menjadi kenyataan. Tawaran demi tawaran diterimanya agar dilihat lebih versatil.

Pasti ramai yang mengagumi performance beliau di dalam filem pendek ‘Selamat Malam’, sebuah filem bergenre seram oleh Visionary Project sebelum ini. Setentunya, itulah kali pertama penonton berpeluang melihat Kai Anwar berada di luar kepompong watak Babu Sinur.

Menariknya, di musim lebaran ini kita berpeluang sekali lagi menyaksikan Kai Anwar memegang watak yang berbeza. Kali ini, bekerjasama pula dengan Origin Artistic di dalam filem ‘Hari Minggu Yang Ke Empat’ (HMYK4).

“I got a call from Munji (Origin Artistic) untuk bawa berjumpa. Pikir pasal iklan, it turned out, durang mau bawa berlakon filem. Terkejutlah! Macam, are you sure..?” katanya mengenang kembali saat menerima tawaran berlakon tersebut.

Menurut Kai lagi, pihak Origin tertarik dengan mutu lakonannya di dalam kedua filem pendek yang dipertandingkan di dalam Brunei Film Blitz pada bulan Disember lepas – ‘Selamat Malam’ dan ‘Sabine’. Dari situlah mulanya kerjasama beliau dengan syarikat produksi yang pernah menghasilkan filem popular, Yasmine ini.

“HMYK4 is a second film by Origin Artistic after Yasmine. Apa yang menarik about this film ani adalah barisan pelakonnya adalah lokal – dari saya sendiri, Liyana Yus, Syafiee Mostar, Ian Zulkifli, Terry Wong dan banyak lagi. Even the crew, majoriti adalah lokal. Bahasa penghantar filem ani jua dalam bahasa Melayu Brunei kitani. Lokasi, background dan jalan cerita semuanya 100% Brunei.

HMYK4 ani genrenya comedy, family drama – sesuatu yang relatable for our audience di Brunei. Menceritakan tentang peluang kedua, redemption and acceptance-lah, and also family value,” jelas Kai Anwar berkenaan filem terbarunya.

“Saya memegang wata Amin Salleh, (berumur dalam lingkungan) awal 30-an, lama bekeraja di luar negeri, and balik ke Brunei untuk uruskan a few things-lah. Amin ani agak kompleks karakternya, banyak layer. Vulnerability kadang-kadang show bila ego hilang. Amin ani macam ada dunianya sendiri. You need to see it at the cinemas to know more!”

“Ka Siti (pengarah) is very humble, inda karit ilmu. Tegas usulnya but she’s fun to work with. I feel lucky to work with her actually!”

Penggambaran yang berakhir sebelum bermulanya bulan Ramadan ini memakan masa kira-kira 15 hari.

Coretan Malam Pukul & Pagi Syawal

Walaupun masih di dalam lingkungan tema yang sama, arus perbualan kami melencong pula ke topik ‘Lebaran’. Ingin juga penulis ketahui kelaziman beliau di malam pukul dan pagi raya. Menepati dugaan, persoalan itu beliau sambut dengan nada ceria.

“Selalunya, malam pukul anitah malam last minute ni. Semua mesti ‘last minute’. Kalau inda cukup minuman, (barutah kan) membali, gulung popia or even mencat dinding. It has happened before. Tapi, kadang-kadang di rumah saja, berkumpul with family. Malam pukul is always family quality time.” celotehnya membuatkan saya terhibur.

First raya, selalu pergi ke rumah nini dulu, baru urang lain sebab my relatives tinggal sekampung and near by jua. So, senang untuk ‘tapau’ semua sekaligus,” terangnya dalam nada bergurau.

“Tapi, kadang-kadang sambung next day-lah jua.Dua tiga hari of raya selalu stay di rumah melayan tetamu. Raya ke empat onwards barutah jalan beraya.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s