Singapura

Imran Ajmain Rai Sepuluh Tahun Pertama

Photo 04-05-2018, 1 08 05 PM

Gambar oleh: Shahrul Izzat Abdullah untuk SS Creatives

PANTAS sungguh masa berlalu, tidak terasa sudah lebih sedekad lamanya penyanyi kelahiran Kota Singa, Imran Ajmain mewarnai industri muzik Melayu Nusantara. Malah sudah hampir 12 tahun sejak lagu ‘Seribu Tahun’ dari album sulung beliau, ‘Dengan Secara Kebetulan’ menghantui corong telinga kita buat kali pertama pada bulan Oktober 2006.

Jika awda terdiri daripada peminat setia beliau dan sentiasa mengikuti perkembangan pelantun lagu ‘Ghaibmu’ dan ‘Sudah Tu Sudah’ ini, pasti sudah mengetahui bahawa sebuah pertunjukan mini akan di adakan di Studio Recital, Esplanade, Singapura pada 13 Julai depan demi merayakan ‘Sepuluh Tahun Pertama’ keterlibatan beliau di dalam dunia seni tarik suara.

Showcase mini berkenaan berdurasi selama hampir dua jam dan akan diiringi sekitar 15 pemuzik profesional Singapura. Selain berpeluang menikmati dendangan lagu-lagu popular beliau sepanjang lebih 10 tahun bergelar insan seni, awda juga akan mendengarkan nyanyian lagu-lagu terbaru beliau termasuklah lagu ‘Sentiasa Merinding’ secara live. 

Photo 04-05-2018, 12 45 44 PM

“Sejujurnya, saya berasa teruja dan waktu sama berdebar apabila berpeluang untuk muncul di dalam sebuah konsert mini sulung apatah lagi ia diadakan di Esplanade yang merupakan salah satu impian saya selepas bergelar artis.

“Begitupun, perasaan berdebar ini berjaya membangkitkan semangat luar biasa buat saya selepas mengetahui tiket sudah terjual hampir 90 peratus sebaik sahaja mula dilancarkan. Lantaran itu, saya harus berjuang sehabis daya pada persembahan itu nanti,” katanya.

Menariknya, sebuah slot khas bakal dipersembahkan sebagai tribut serta memberi apresiasi tertinggi buat almarhum ayahandanya, Ahmad Husaini Ajmain – seorang penerbit, penyusun muzik dan penggubah lagu terkenal Singapura di era 80-an.

Photo 04-05-2018, 12 43 09 PM.jpg

Sebagai persiapan menjelang showcase solo beliau tersebut, penyangi yang juga merupakan Pengarah Kreatif SukaSucre Group of Companies – sebuah syarikat penaung kepada rakan-rakan artis seperti Dato’ Fazley Yaakob, Rafy Yaakob dan Mawar Rashid ini kini lebih kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura untuk menghadiri sesi latihan bersama pemuzik.

“Pada waktu sama, saya akan lebih mengambil berat terhadap soal kesihatan supaya dapat mengekalkan stamina ketika membuat persembahan nanti. Saya meletakkan ekspektasi tinggi untuk memberi kepuasan kepada peminat yang hadir,” ujar Imran.

Buat awda yang berminat untuk menyaksikan showcase mini istimewa tersebut, tiket berharga BND27 (RM80) boleh didapati melalui emel Esplanade Box Office boxoffice@esplanade.com atau talian +(65) 68288389. Tiket buat golongan pelajar dan warga senior pula boleh dibeli dengan harga BND21 (RM63). Khabarnya, hanya beberapa tiket sahaja yang tersisa. Jadi, dapatkannya sekarang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s