Brunei

Putri Norizah, Meerul Esham Selamat Ijab Kabul

Penyanyi popular negara, Putri Norizah kini rasmi menjadi isteri kepada jejaka pilihannya, Meerul Esham di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat semalam.

img_5069-1

Majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS), Bandar Seri Begawan berkenaan juga turut disaksikan oleh ahli keluarga yang datang dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Penyanyi popular tahun 80-an, Ibnor Riza juga dilihat menghadiri perkahwinan anak tunggal kesayangannya itu.

Putri Norizah anggun mengenakan busana rekaan Bebride.co dan tata rias wajah sentuhan Fina Majid. Turut mencuri perhatian, telatah comel anak emas Putri Norizah, Mikayla ketika mengiringi ibunya sebelum akad nikah berlangsung.

“The important thing that I look for my partner is for him to love Mikayla. Mikayla is very attached to him. Atu yang paling penting,” ujar Putri di dalam temubual eksklusif 1001 Personaliti tahun lalu.

img_5080
Putri Norizah bersama ibu dan ayahnya sehari sebelum akad nikah berlangsung.

Keakraban Meerul Esham dan anaknya jelas terlihat di dalam akaun media sosial mereka masing-masing. Rakan kongsi perniagaan Putri Norizah bagi jenama kecantikan miliknya, Bold Basic Beauty ini juga merupakan bekas finalis pertandingan nyanyian anjuran Kristal FM beberapa tahun lalu.

img_5068-1

Buat Putri Norizah dan Meerul Esham, tahniah kami ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke jannah hendaknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s